Jumaat, 5 Ogos 2016

Pentas Politik Najib Senget..!


Sejarah banyak mengajar manusia untuk melakar sejarah baru bagi dirinya..! Apa agaknya kata sejarah kepada generasi pewaris akan hal Najib ?

Shakespeare nampak lagak Malaysia

DUNIA ialah pentas; semua lelaki dan perempuan hanyalah pemain; mereka keluar dan masuk pentas; salah seorang daripada mereka memainkan peranan yang pelbagai.’

Itu ialah dialog William Shakespeare, pujangga ulung Inggeris,  dalam drama  As You Like It (Sesuka Hatimu) yang dikaryakannya kira-kira 420 tahun dulu. Bukan cerita itu yang penting; yang penting ialah maksud kata-kata itu.

Di Malaysia kita menghadapi satu situasi yang menepati pemerian itu. Tan Sri Dr Zeti Aziz, bekas Gabenor Bank Negara; Tan Sri Abu Kassim, bekas Ketua SPRM; Tan Sri Gani Patail, bekas Peguam Negara; dan Datuk Seri Husni Hanadzlah, kedua Menteri Kewangan Kedua, boleh dikira sebagai pemain utama di pentas negara, menurut pemerian Shakespeare itu. Husni berhenti dari semua jawatan kerajaan dan parti yang terletak di bawah kuasa Perdana Menteri dan Presiden Umno. Yang tinggal ialah jawatan MP yang dimandatkan oleh rakyat.

Segala itu menunjukkan mereka sudah masuk dan keluar pentas. Seorang pemain yang berkuasa ke atas mereka, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan peranan yang pelbagai seperti kata Shakespeare, masih kekal. Tidak ada pihak lain yang ada kuasa untuk mengarahkan beliau supaya berbuat begitu dan begini. Sedangkan Majlis Raja-Raja lebih berpegang kepada peranan menurut pemisahan kuasa.

Akhir-akhir ini terdapat satu manifesto seorang ahli keluarga Di-Raja Negeri Sembilan, Tunku Kamil Ikram, cucu Yang di-Pertuan Agong pertama dan putera Tuanku Jaafar, bekas YDP Agong juga, yang dapat diikuti di media sosial, menyeru Majlis Raja-Raja bertindak ekoran daripada pendedahan Peguam Negara AS itu; dan YDP Agong memastikan angkatan bersenjata memelihara perlembagaan negara agar rakyat rasa terselamat dan terjamin.

Seterusnya, Majlis Raja-Raja dan YDP Agong dicadangkan oleh beliau memberi cuti kepada Perdana Menteri untuk membolehkan satu suruhanjaya bebas menyiasat 1MDB dan Perdana Menteri. Bila keputusannya dibuat nanti, jika beliau didapati benar, beliau akan menjadi perdana menteri seterusnya. Susulan saya seterusnya terhadap manifesto itu didapati tidak ada – malah mungkin belum lagi – sebarang keputusan yang diambil.

Pada hari Jumaat 29 Julai, akhbar ini memuatkan interviu saya berkenaan kenyataan Peguam Negara AS tentang gara-gara 1MDB yang dikatakan menyusupkan wang kotor ke dalam sistem kewangan AS, justeru segala langkah yang sepadannya diambil dalam usaha merampas semua harta daripada wang kotor itu. Kenyataan Peguam Negara AS itu, yang digenapkan dengan keutuhan Jabatan Keadilan AS yang diketuainya, dibuat di pentas dunia. Berdasarkan kewajaran biasa, Presiden Obama sudah dimaklumkan terlebih dulu dan hanya dengan kelulusan beliau maka kenyataan Peguam Negara itu boleh diumumkan.

Siaran interviu saya itu tidak termasuk perihal seriusnya mereka meninggalkan jawatan mereka dalam gema 1MDB. Untuk dikatakan kebetulan, rasa-rasanya ia terlalu sangat kebetulannya. Kini, gema itu menjadi lebih lantang apabila seorang pemimpin tinggi pergerakan Pemuda Umno membuat laporan polis bahawa ketiga-tiga mereka kecuali DS Husni telah membocorkan rahsia di bawah OSA kepada Peguam Negara AS.

Seperti kata Datuk A Kadir Jasin, anggapan mereka membocorkan rahsia tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah, tetapi apabila ketiga-tiga mereka membuat kenyataan menjawab soalan polis, kenyataan mereka itu akan menjadi bahan bukti di mahkamah. Mungkin tidak susah untuk kita membayangkan apa yang akan mereka cakapkan kepada polis.

Tindakan membuang Peguam Negara kerana menahan beliau dari bertindak sebagai peguam nombor satu dan pelaksana undang-undang nombor satu negara bukanlah satu tindakan yang boleh diterima dengan baik di koridor-koridor kuasa di seluruh dunia, tidak kira apa ideologinya. Membiarkan Gabenor Bank Negara pergi di bawah litupan mendung selepas diiktiraf leluasa kecemerlangan prestasinya, bukanlah satu sikap positif. Berlalunya begitu saja seorang pembanteras rasuah nombor satu negara kerana hendak menjalankan kerjanya membanteras rasuah juga tidak berdenting dengan baik seantero dunia.

Jangan pula AS sebagai kuasa nombor satu dunia berasa sesuai bertindak mendisiplinkan kita dengan menggunakan wang kotor kita di AS, menurut kata Peguam Negaranya, sebagai pencetusnya.

* Tan Sri Adam A Kadir ,

Mantan Presiden Senat dan ahli Kabinet


Lu Fikir La Sendiri!!!

51 ulasan:

  1. Doj penuh dengan sarang Rasuah, najib nak bagi duit pun boleh tapi dia tak nak dia he.he.he dia dah arahkan empat nama Bela diri Anak najib dah Bela diri he.he.he harta pun tak dirampas he.he.he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia buat lawak , dia ketawa sendiri.
      Ini macam stand up komedi tak laku.
      Kesian

      Padam
    2. Bangla seko ni mmg shj bebalkan diri.
      Antara hikayat bangla.
      Laporan osa kulit warna biru.
      Goldman sach bli bon 1mdb.
      Shell oil company saman doj.
      Najis menentang bila pak lah dijatuhkan.
      1mdb untung billion2

      Perangai serupa najis. Kantoi menipu bnyk kali pun xde rs malu.

      Padam
    3. At least tak macam Pakatun masuk bakul dan angkat diri sendiri. hu hu! Dan bila terkantul isu banglo kat Penang, selamba dengan muka tebalnya merayu simpati dari kroni dan pendedap, ha ha. Besar punya toiya tuh, kah kah kah!

      Padam
    4. Bangl, mamak xde kena mngena dgn 1mdb.
      Ade salah sila bongkarkan.
      Alih tiang gol xselesai mcm cai

      Padam
  2. Pentas politik Najib di dominasi dek kehendak Rosmah -

    Hall hath no fury like a woman scorned. And Najib hath no gall to scorn her.

    When beggars die, there are no comets seen. The heavens themselves blaze forth the death of princes. Tapi the heavens dah blaze forth walau pun princes belom mati.

    Bila mati, Ya Allah, bersorak gembira semua di seluruh negara mengalahkan gempa tak terhingga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jing Jibo tentu tak reti appreciate yg di atas nih.

      Dia ha nya tahu maki hamun, jenis bersekongkol dengan Bugis Lanun, tak ikut undang2, peraturan, adat resam dan kanun, habis di seleweng, di sekongkol dan di samun.

      Padam
    2. Benci adalah sifat negatif manusia. Tak salah membenci tapi jangan terlalu membenci kerana apabila perasaan benci sampai klimaksnya, perasaan sayang akan jadi pengganti. Itulah yang berlaku kepada 'geng pembenci 22' yang melahirkan perasaan tidak terhingga terhadap "mahaitudanini" tetapi apa bila perasaan itu hilang dan apabila fakta tidak lagi dingati yang tinggal adalah "saya cayang T&n, dulu, kini dan selamanya"! Hek eleh macamlah benci tu bolek bawak pi kubur.

      Padam
  3. Semoga akan terbitlah di hati2 sekalian rakyat Malaysia kesedaran dan butir2 keinsafan terhadap segala kebenaran serta bukti ke atas penyelewengan kewangan yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang terkeji dalam sejarah Negara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. fitnah sampai satu dunia labor juta2 tak jalan jugak..

      last2 barua main pujuk rayu je ker..

      woii barua.. senang nyaa ko ckp terkeji.. yg bunuh org memali tu mulia ka? yg tangkap ops Lalang tu suci ke?

      yg SONGLAP duit PETRONAS terang2 masuk kocek anak sendiri tu zakat ke??

      BARUA.. tlg insaf lah!

      Padam
    2. Cai najis bangang nk suruh org insaf.
      Dlm ni yg komen kritik najis bkn semua sokong mamak dap pkr pan.
      Yg pasti semua anti najis.
      Xjmp lg pun seko yg ikhlas sokong najis tanpa bayaran.

      Hang nk cerita petronas petron banglo apa pun, xdak guna.
      Suruh sekutu najis mulakan siasatan.
      Duk goreng2 sana sini buat pa. Siasat, lpeaskn publishkan laoprb semua salah guna kuasa.
      Jgn OSAkn plk.

      Padam
  4. Bila ke a kat Najib semuanya fitnah. Bila kena kat Tun semua fakta. Admin. Mcmna pentas tak senget. Pemimpinnya x berani tegak keadilan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa ko merepek ni
      Tun arah pembunuhan kejam Memali..semua pihak atasan tau.. tp sbb tak cukup bukti.. maka dia lepas..
      di dunia dia lepas lah.. tp nk kck kt kau chai.. itu tanda kita redha je klu dh bukti tk cukup.

      tp sang pencacai barua madey pulak.. tk sudah2 nk reka fitnah.

      kalau ada bukti BAK SINI TUNJUK. Saluran byk..bkn mcm zaman Paria Madey jd PM..dia kontrol setiap inci udara dantanah dr org yg nak jatuhkannya

      TV3 semua jd 3 suku sbb ikut telunjuk kakinya..kalau tak..ISA lah ko!

      tp skrg ada Youtube ada parabola lebih besar dr Astro, ada 4G internet, boleh VPN lagi kalo rse ko disekat.. hanya si bangang shj akan ckp skrg sama je dgn zaman Paria tu perintah..

      no way man.. aku hidup 2 zaman.. aku kenal sapa dia MahaZalim dan PM2 selepasnya!!

      shut ur mouth la barua!

      Padam
    2. Tak de Ayahanda Tun yg pelopor dunia IT dan cyberjaya. Kao yuo tube pun tak kenal. Sapa cerita pasal memali , aku cerita pentas ngan Admin. Nak panggil Ayahanda Tun buat ceramah sempena penubuhan parti baru. Dengar cerita ramai lah nak jadi Ex UMNO nampaknya. Jemput sekali saudara bersama sama kami ye.

      Padam
  5. ".. bukanlah satu tindakan yang boleh diterima dengan baik di koridor-koridor kuasa di seluruh dunia" - Sebenar nya, bukan sahaja di koridor, jugak di dalam pejabat pejabat di sebelah koridor koridor itu. Seperti di State Department, Washington, di Whitehall, London.

    Tambah pulak sekarang DoJ USA telah keluarkan 136 mukasurat laporan saman undang undang dua penjenayah 1MDB dan menyebut "Malaysian Official 1".

    Soal nya, apa lain yg perlu di buat. Kita di sini sana boleh melaungkan nya berterusan. Mereka membabi buta, menutup mata, telinga dan lobang bontat nya, tak dapat nak di sodok sehingga berburas dan mengangkat tangan. Maka anjing nya sekor di sini pun bersorak, bertepuk tangan, melanda landa.

    Namun demikian, kita perlu teruskan mengutuk, mencaci, mengkeji supaya lebih ramai rakyat dan pengundi faham dan mengundi mereka keluar dari Putrajaya di PRU14. Bila sudah di tukar PM, UMNO/BN boleh coba rampas semula kuasa Putrajaya itu.

    Dalam pada itu, kita doakan lah supaya kuasa kuasa luar boleh membuat apa yang sah di undang undang antarabangsa yang boleh membantu dapatkan Najib undur. Saperti mengeluarkan nama penuh "Malaysia Official 1", mendakwa seramai mana penjenayah 1MDB yang, ada dan lain lain tindakan yang seumpama nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila sudah di tukar PM dan Presiden UMNO, ...

      Padam
  6. PRU 14 nnt, insyaAllah pakatan haprak akan tenggelam dlm lautan api fitnah yg mereka cipta. Majoriti pengundi Melayu akan pasti kn ph tersungkur hingga x dpt angkat muka, insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaa Allah Aku doakan juga tenggelamkan si mamak kitol dan gerombolannya. Si Kitol yg 22 tahun menyedut tuai segala kelebihan, habis segalanya maka di terajang dan khianati perjuangan kita selama ini.

      Aku takkan maafkan org ini sbb org ini dlu aku bermatian2 sokongnya.. !!

      DI Hari jumaat mulia ini..doa diantara dua khutbah aku mintak Allah dtgkan RahmatNYA dn selamatkan Malaysia dr penipu2 yg menyebah kafir ini kunun nk 'cuci' negara dari korupsi. dari sebarang campur tangan asing

      Andaikata PM skrg ada salah laku maka Allah SWT Maha Penentu. datangkanlah pengganti yg terbaik. Tp jika PM skrg difitnah maka peliharalah kepimpinannya dan balikkan segala fitnah itu pd golongan2 kitol dan pembuat fitnah itu..

      AMEEN YA ROBBAL ALAMIN!

      Padam
    2. DI Hari jumaat mulia ini..doa diantara dua khutbah aku mintak Allah dtgkan RahmatNYA dn selamatkan Malaysia dr penipu2 yg seleweng 1MDB menyebabkan terhutang RM53 bilion dan IPIC tuntut lagi RM28 b8ilion semua jadi beba kpd rakyat, dahtu songlap berbilion masuk ke ekaun dia, bini dia, anat tiri dia

      AMEEN YA ROBBAL ALAMIN!

      Padam
    3. Klau kita teliti, sebenar Allah telah beri jawaban siapa musuh umat melayu/bumiputra. Terang dan nyata jawaban adalah mereka2 yg bersekongkol dgn dapigs.

      Padam
    4. Amiiin x3

      tp chai madey mana sedar diri.. asyik ulang 'zkir' imdb najib lanun bla2..

      kita tkterfikir si tua kutuk tu akan join musuh plg ganas dlm sejarah tanah air kita.. sbb kunun nk selamatkan malaysia?

      Padam
    5. Publish la laporan OSA.
      Tubuhlah siasatan diraja.
      Najis berehatla smp siasatan selesai.
      Nak takot apa.
      Nothing2hide pun takot nk dtg, inikan plk nk jawab dlm court.
      Cai plk pakat jual nama agama dan bangsa

      Padam
  7. kadir jasin?? siapa dia ni??hebat sgt ka? ini yg nk di jilat admin ka? kikikiki...org lain semua dh berambus dr UMNo..tgl hang ja admin..bila nak keluaq dr UMNO ha...telo mana telo?? simpnla telo ko tu admin..sia2 je ade telo klu penakut kahkahakahakahakahk

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia pun dh sesat di dlm cahaya.. dia melahap tk sabar2 nk gulingkan Najib smpai membocorkan info2.

      pakatan jht takkan berjaya.

      Padam
    2. Memang Kadir Jasin HeBAT!!

      Ko pulak musiBAT!!!

      Padam
    3. "pakatan jht takkan berjaya".

      Tapi yang buat jahat dengan lahapnya sapeti Lanun Bugis da pon berjaya dan kaya raya!!!

      Padam
    4. Berjaya tak kena dakwa setakat ini le.

      Nanti DoJ ke siapa akan beri nama penuh "Malaysian Official 1". Ada lagi pendakwaan di mahkamah di US, di Singapura, di Switzerland kot jugak di 4 negara lain. Sehingga Peguam Negara Malaysia di pariahkan di dunia antarabangsa.

      Dulu negeri Mainland China begitu besau dan paling banyak penduduk pun di pariahkan dek dunia Barat hingga ha nya 2-3 dekad yang lal saja. Apatah lagi Peguam Negara Malaysia. Kot sama taraf dengan Peguam Negara Zimbabwe.

      Padam
    5. nmpknya game jht puak2 ni tk berhenti
      DoJ pun dh malas nk layan pelobi2 jahat ni;

      kalau betul ada kes awal2 lg nama Najib dh kluar.

      adoi lah geng tuntahik ni bila le nk insaf.

      Najib tetap tk bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah. full stop!

      Padam
    6. Kalau dia yg lantik pendakwa raya mcm mn kes nk masuk mahkamah.
      Smp bila2 xbersalah.
      Ko bodohkan diri ko sorg dh la.
      Imej najis xpulih, hutang 1mdb xberkurang, umno pun xbertambah kuat

      Padam
  8. "Di Malaysia kita menghadapi satu situasi yang menepati pemerian itu. Tan Sri Dr Zeti Aziz, bekas Gabenor Bank Negara; Tan Sri Abu Kassim, bekas Ketua SPRM; Tan Sri Gani Patail, bekas Peguam Negara; dan Datuk Seri Husni Hanadzlah, kedua Menteri Kewangan Kedua, boleh dikira sebagai pemain utama di pentas negara, menurut pemerian Shakespeare itu."

    Komen:

    Apabila sudah sampai dipenghujung kerier otomatik laluan untuk muka baharu terbuka dan kekosongan itu diisi. Ia adalah sesuatu yang normal waima di bawah rejim paling demokratik di dunia (AS).

    BalasPadam
  9. Pentas Politik Najib Senget..!???

    Yang senget Najib Pentas Politiknya pulak Songsang!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. si tua kutuk yg senget hati tu cmne..
      ketom pon susah ati dlm sungai buloh inn sbb founded coalation senang2 si tua kutuk tu take over..mase die kt dlm..

      itu bkn stkt senget tp politik buruk!

      Padam
    2. Its a free country siapa pon boleh buat parti baru...

      Kau kalau nak pon boleh... Namakan parti kau Dedak Cap Lanun Bugis!!!

      Kahkahkahkah.....

      Padam
    3. "Dedak Cap Lanun Bugis" tak boleh di daftarkan lagi. Sebab dua perkataan itu dah di gunakan di peringkat negara - BUGIS LANUN.

      Padam
    4. "Dedak Cap Paria Lanun" buleh di daftar kan tak??

      rasa aku kt Kerala buleh kottt...


      tapi...
      apekah Ananda akan di tangkap dan rahsia saham Madey akan terburai dlm kes AirCel..

      pembalasan Tuhan di dunia..buat mahazalim??

      Padam
  10. Pentas senget la pulakkkk..... pentas tun momok dan boboi dah runtuh bila nak betulkan...?

    kah kah kah kah. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. tun mamok makan belum kenyang lagi hasil pelanunan 22 tahun.

      boboi lembap.. jahanam le UMNO kalau boboi naik..

      Padam
    2. Amat bodoh kamu ungkit cerita lama. Kamu nak distract attention dari berbilion di songlap ke akaun Jibo, bini dia dan anak tiri dia ke?

      Padam
  11. "Seperti kata Datuk A Kadir Jasin, anggapan mereka membocorkan rahsia tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah,"

    Komen:

    Rahsia telah bocor dan diakui sendiri oleh 'geng loceng'. Cumanya bagaimana ianya boleh bocor? Dan bila ianya (kebocoran) berlaku, tindakan harus diambil sepertimana tindakan diambil bilamana DEB tiris dan bocor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak semua kesalahan penjawat perlu di adili pihak berkuasa. Banyak kesalahan diadili secara dalaman saja. Kaedah sama (proses dalaman) mungkin diaplikasikan terhadap pembocor di 3 institusi awam yang terbabit. Sudah tentu ianya sah dan ikut SOP.

      Padam
    2. Secara dalaman pakai "tangan ghaib" hidden hands ke? Itu kata bekas Timbalan Pengarah Special Branch PDRM.

      Gani Pattail di berhentikan kerja serta merta tanpa notis dan tanpa alasan munasabah. Pegawai tinggi PDRM dan SPRM yang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion masuk akaun Najib di tukar tempat kerja mereka serta merta jugak.

      SOP pemerintahan kuku besi le tu.

      Padam
    3. Kebocoran tidak boleh dibiarkan terus berlaku kerana kalau dibiarkan akan menarik lebih banyak pembocor yang mana akhirnya apabila sesuatu badan dipenuhi oleh pembocor, badan berkenaan akan karam dan tidak dapat berfungsi.

      Atas sebab itu pembocor dianggap pengkhianat dan pengkhianat tidak harus dibiarkan berkeliaran berdekatan atau memegang jawatan tinggi yang mewajibkan penjawat memiliki sifat amanah. Waima parti Amanah mungkin tolak permohonan pembocor.

      Wakakaka

      Padam
  12. Dapig tgh sondol bontot madey.. madey plak sondol bontot dapig.. sapa win sape loose xtau ler..
    pkr terlopong.. meraung nuar dlm sgbuluh jail..kah..kah..kah.. lawok tgk aski puak2 tamak haloba nih! deklarasi >>> DEKLABASIIII

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buntot Jibo di sondol dek Taek Lo. Beratus juta dolar masuk akaun dia. Dah kena rampas harta kot nak lagi. Sondol lagi, Dapat lagi.
      MO1 akan di beri nama penuh tak lama lagi

      Padam
  13. "satu untuk kau..satu untuk aku...satu untuk anak aku"

    "dua untuk kau... dua untuk aku..tiga untuk anak aku.."

    "takmau..takmau..takmau..." boboi hentak2 kaki..

    " i nak semua dadyy...daddy amiklaaa semuaaa..org bkn tau pun..daddy kn bijakk (melanun).. " sambil hentak2 kaki...


    kah..kah..kah..kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg tk paham tu kenpa beratus juta kpd nak tiri aku?

      Apa kena mengena nya dgn 1MDB?

      Kepala tahi.

      Padam
    2. Hidup najib mati umno!

      Padam
    3. Hidup UMNO, lantak lah apa nak jadi kpd Najib

      Aku tak cakap mati Najib, ok?

      Padam
  14. Bukan main ligat Jing Jibo melompat lompat di post ini.

    Anjing Jibo di blog ini sekor saja. Selalu masuk tak pakai nama, ada masa menyamar pakai nama yang orang lain dah pakai di sini, ada masa pakai nama seperti Keris Berayon dll. Semua Protun di sini tahu bahawa yang di hayon nya ha nya bola dia. Dan bola Jibo, bos dia.

    Bola yang kecut sebab Jing Jibo ni dah tua. Masuk sini pagi petang siang malam, walau pun pukul 2-3-4 pagi. Dah tua baka tapi otak budak kecik. Itu pasal apa yg dia cakap selalu nya mcm bebudak.

    Anjing Jibo ini gunakan berbagai mode, cara, gaya bahasa, nada bercakap. Kekadang guna mode bertitik ... kekadang mode bebudak kikiki, hahaha, hehehe, kekadang serius bahasa sikit tinggi.

    Tapi pada umum nya - terutama nya bila dia dah tak tahu nak response atau meradang - dia mengarut dan pada masa masa nya mencarut. Dia di kasi makan dedak, takda melukut yang ada habuk beras sikit pun, takda zat, tak membina otak nya. Pengtahuan nya cetek, selalu nya bodoh, bangang, bongok, bingong, bingal, baghal.

    Kita teruskan balas, bidas, sebat, belasah, hentam, tibai, kritik, kutuk, ketuk, sekel, pelangkong, kentot dan tahikan dia. Itu saja cara nak deal dengan dia.

    BalasPadam
  15. Memang hebat permainan zionis dan kuncu kuncunya. Cari kapal pu macam nak tak nak je. Apa cite. Hanya mereka yang ***** sahaja yang taksub.

    BalasPadam
  16. Siapa yg menjemput, memberi lesen & nelantik Zionist Goldman Sachs serta membayar US500 juta sebagai 11% yuran perkhidmatan. Bukankah si Crime Minister itu sendiri? Suit ribs berbillion habis dileburkan oleh Jo Low & Reza Aziz di luar negara. Yg baki US1,000,000 diklepet masuk akaun peribadi Najib di Am Bank. Pengasas Am Bank sendiri telah ditembak mati & Pegawai Kanan Pendakwa Raya Morais dibunuh dgn kejam bagi menutup salah laku Malaysian Official No. 1.

    BalasPadam