Khamis, 8 Oktober 2009

PRK Bagan Pinang...UMNO Menguasai Darat & Laut...




Semalam petang Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Ahmad Maslan telah melancarkan Gerak Gempur Laut yang disertai lebih 300 orang di pantai Bagan Pinang. Mereka yang terdiri daripada nelayan, penggiat dan pengusaha pelancongan di dalam DUN Bagan Pinang ini kelihatan jelas bersemangat dalam bersama-sama berkempen bagi memenangi calon BN Tan Sri Isa Samad.

Program yang julung-julung kali berlaku kerana gerak gempur laut merupakan satu aktiviti kempen BN dalam PRK kali ini bagi melibatkan mereka yang hidup dengan laut.
Penyertaan hampir 20 bot yang belayar dari Bagan Pinang hingga ke Teluk Kemang seterusnya kembali ke Bagan Pinang jelas mendapat perhatian dari para pengunjung yang sedang berkelah dan berehat di sepanjang pantai Port Dickson.

Nampaknya PAS di Bagan Pinang ini bukan sahaja lemau dan terpinggir di darat malah di laut pun mereka sudah kelemasan. Melihat kepada keseronokan pengendali bot semalam yang seolah-olah 'merempit' di laut teringat penulis kenangan semasa kecil dahulu.

Apapun petanda kehancuran dan kekalahan PAS sudah semakin ketara!!!
'Orang PAS memang begitu'

Eden Undi BN!
Hidup UMNO!

2 ulasan:

  1. gambar setan monyet naik tongkang nih...kahkahkah

    BalasPadam
  2. anon 17:15,
    setan monyet tu anda, tak payah bagi tau orang..

    BalasPadam