Rabu, 7 April 2010

Kecoh! Dewan Terpaksa Tangguh Awal..Sarkas Di Perak Dibawa Ke Parlimen!!!


Hari ini Parlimen dah jadi gelanggang sarkas binatang pihak pembangkang! Beruk-beruk pembangkang telah menngunakan Dewan Rakyat untuk menghina kemuliaan Dewan, Pagi tadi usul belah bahagian telah dicadangkan oleh beruk tua Ipoh Timur untuk membawa Pasir Salak ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan hanya kerana Binatang-binatang DAPig menanah telinga digelar oleh Pasir Salak sebagai ejen PAP dan sebagai.

Maka menjerit lah Loceng Dewan selama 2 minit untuk memanggil semua Ahli Dewan masuk kedalam Dewan bagi mengundi belah bahagian. Yang pasti apabila pengundian dijalankan maka jelaslah Pihak Kerajaan MENANG dengan 82 undi berbalas 56 pihak binatang pembangkang! Ekoran dari itu beruk tua dari Bukit Gelugor tidak berpuashati lalu memanggil Speaker sebagai Diktator...kesannya digantung dewan selama 10 hari. Kira dapat lah berehat dan menjalankan kerja mahkamah yang banyak tertunggak tu! pttuuiihh!

Petang ini sekali lagi pihak binatang pembangkang mengusulkan undi belah bahagian, Ini bermula apabila habis sahaja pihak kerajaan menjawab segala hujah yang dikemukakan oleh Ahli Dewan dalam membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 dan 2010 diperingkat dasar. Monyet Kuala Kedah bangkit mengusulkan agar bil tersebut diputuskan secara belah bahagian. Hanya ingin menyusahkan dan membuang masa sahaja kerana mereka tahu jumlah undi yang bakal mereka terima tidak akan mampu menandingi jumlah Ahli Parlimen pihak Kerajaan. Ternyata benar apabila pihak Kerajaan memperolehi jumlah undi 88 sementara pembangkang hanya berjaya memperolehi 57 undi.

Namun sementara menunggu undi dikira oleh ketua blog masing-masing, pihak pembangkang bersorak dengan menjerit pekik UMNO-APCO, Ini dilakukan secara beramai-ramai dan serentak, melolong lah puak-puak binatang pembangkang terjerit-jerit membuka kemaluan dan mencampak maruah diri didepan penuntut-penuntut sekolah yang memenuhi galeri awam ketika itu.

Setelah mendapat jumlah undi dan dibacakan oleh speaker, Ahli Parlimen Kuala Krai telah mengusulkan usul 36(12) untuk membawa ahli Parlimen Pokok Sena ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana disifatkan menghina dan mengelirukan dewan dengan pekikan UMNO-APCO itu. Kuala Krai yang jelas berdiri dengan peraturan mesyuarat 26(1P) untuk membawa usul keatas seseorang Ahli Dewan yang lain telah berhujah dengan membawa usul 36(12) itu tadi telah diterima oleh speaker untuk dikemukakan kepada Majlis.
Majlis yang mendapat majoriti telah memutuskan bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena itu perlu dibawa ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bermula dari itu maka drama binatang-binatang puak pembangkang ini begitu menjadi-jadi hingga Speaker terpaksa menangguhkan dewan selama 15 minit pada jam 5.25 itu, namun setelah dewan bersambung nampaknya drama puak-puak pembangkang itu tetap berterusan dengan mempertikaikan keputusan speaker yang membenarkan usul itu diterima dan diluluskan didalam Majlis.

Apa masaalahnya kalau Pokok Sena dibawa ke JK kerana disitu beliau boleh berhujah dangkal dan menunjukkan segala kebodohan yang ada untuk membela dirinya, sekadar membawa seorang Ahli menghadap JK belum lagi memutuskan seseorang Ahli itu bersalah! Apa yang gawat sangat!

Yang jelas puak-puak binatang jahiliah ini begitu biadap dan rakus untuk menggunakan imuniti dewan dan peraturan mesyuarat bagi menjalankan jarum hakiki mereka untuk berpolitik, terutama nak dijadikan modal dalam PRK HS nanti.

Urusan rakyat dan negara yang sememangnya penting dan menjadi tanggungjawab utama jelas bukan tujuan mereka, sedangkan dewan masih memerlukan masa yang cukup terhad untuk meluluskan bil-bil penting yang lain...Ini lah kerja puak pembangkang!
Perosak, barua dan tidak bermaruah adalah prinsip hidup pembangkang!

Lu Fikir La Sendiri!!!

p/s- terima kasih kepada sahabat yang memberikan video diatas, walau agak blur namun usaha sahabat amat penulis sanjung tinggi...Terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan