Khamis, 8 April 2010

Pokok Sena Selamat...


Dewan Pagi ini telah menarik balik usul untuk mengheret Ahli Parlimen Pokok Sena ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen. Speaker Tan Sri Pendekar Amin telah membangkitkan isu ini sebaik sahaja soalan jawab lisan selesai jam 11.30 tadi dengan mengingatkan Ahli Dewan terutama pembangkang untuk menjaga kemuliaan dewan.

'Jangan lah dijadikan dewan yang mulia ini pentas untuk menonjol dan mempopularkan diri, bersama-sama lah setiap dari Ahli dewan bertanggungjawab dalam mempastikan integriti Dewan dan Ahlinya sentiasa dijaga dan dipelihara' kata Tan Sri Pendekar Amin Mulia, Speaker Dewan Rakyat.

Beliau kemudian bertanyakan kepada Pokok Sena sama ada beliau mempunyai niat untuk menghina dan menimbulkan sakit hati apabila menyebut berulang kali perkataan UMNO-APCO? Seperti mana yang boleh diteka, Pokok Sena dengan sengal dan selambanya memberitahu bahawa perbuatan beliau menjerit pekik, terlolong-lolong seperti orang kena polong, dan mengulang-ngulang perkataan itu tidak berniat jahat kepada UMNO! pttuuiihh!

Kemudian Speaker memanggil Ahli Parlimen Kuala Krau untuk menarik balik usul 26(1P) yang dibuat beliau kerana Pokok Sena telah menjelaskan niat beliau yang tidak menyelewengkan dewan. Akur dengan nasihat Speaker maka Kuala Krau menarik balik usul yang dibuat beliau semalam....

Selamat lah Pokok Sena dari diheret ke JK namun tindakan bodoh beliau itu tetap menjadi ingatan kepada setiap orang yang melihat perilaku bodoh dan biadap beliau itu...Pttuuiihhh!

1 ulasan:

  1. PAS for All
    Israel for All
    For means pelacur Eli Wong, gangster & commnunist DAP, kaki bontot, amal jariah=rasuah balak

    BalasPadam