Khamis, 1 April 2010

Pergi Pahang Kalau Nak Minum Arak!!!


Menurut laporan AP yang memetik peguamnya, Adham Jamalullail, Kartika telah menerima sepucuk surat semalam yang memaklumkan bahawa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersetuju membatalkan sebatan syarie ke atas bekas model itu.

Sehubungan itu, Kartika diperintahkan ke Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan esok bagi menjalani hukuman khidmat masyarakat atas kesalahannya kerana minum arak di khalayak ramai, kata bapanya, Shukarno Mutalib. Beliau berkata, Kartika akan menjalani perintah khidmat masyarakat selama tiga minggu. Kartika dijatuhi hukuman lima sebatan dan denda RM5,000 pada July tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang, Disember 2007.

Komen

Tahniah kepada peminum-peminum arak! kerana anda sudah mempunyai tempat yang selamat untuk meminum arak! Kalau sebelum ni terhendap-hendap kerana takut dicekup jadi sekarang dah boleh yam seng mabuk sepanjang hari dimana-mana muka bumi Pahang Darul Arak!

Tahziah kepada hukum agama! malah Jabatan Agama Islam Pahang sudah boleh mengeluarkan opsyen kepada Jabatan Penguatkuasaan untuk dibubar dengan memberhentikan mereka atau diserap ke Jabatan atau Bahagian yang lain!

Sesiapa yang sedang menunggu untuk dijatuhkan hukuman boleh lah beratur berjamaah ke Rumah Gadang untuk memohon keampunan...

Kepada ALLAH Berserah!!!

1 ulasan:

  1. P pahang minum beer kena bayar..p Melaka dapat minum free...Bawa GF tak payah pakai bra dan underwear boleh mandi dgn beernya sekali..

    Jgn ajak member minum..mana tau ada mangkok ayun p minum nanti dia kata putramerdeka suruh...!

    BalasPadam