Rabu, 7 April 2010

Nazri Londehkan Anwar...Siri2


Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya. Saya tahniah kepada Yang
Berhormat Menteri, akan tetapi yang lain itu kena belajar sedikit. Surat dia sebut apa? Surat
kepada Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut
Fasal 43, menyembahkan tentang kedudukan terkini majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah
hilang kepercayaan kepada Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Itu surat kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, jangan mengatakan kita permainkan isu ini kerana kita ikut jalur
undang-undang dan kemudian dikatakan bahawa ini palsu. Saya sebut di sini dan gunakan ruang
- saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua kerana beri ruang

kerana saya lakukan ini. Maknanya setakat tanggungjawab menghormati peraturan undangundang
dan Perlembagaan. Apakah langkah?
Pertama, surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kedua, surat kepada
Tuan Yang di-Pertua. Ketiga, sewarkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tiga-tiga kita lakukan. Ya, jadi soal macam Yang Berhormat Kota Belud hendak jerit oleh kerana
beliau penyokong APCO yang setia.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit
Gelugor...

Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Jadi sebab itu...
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: ...Apa pandangan tentang ucapan ini?
Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya. Kemudian kita bincang...
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sebut nama?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, ringkas...
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sebut nama...

Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya hendak habis. Saya hendak habis.
Saya selesaikan akan tetapi saya, oleh kerana perkara ini dibangkitkan maka saya jelaskan. Jadi
orang hendak pertikai pun tidak ada masalah. dalam politik ini. Akan tetapi jangan jerit tidak tentu
arah dan jangan pertikai bahawa tiga-tiga. Cuma saya tidak bawa surat yang ditandatangani oleh
kami bertiga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Abdullah pada masa itu.
Yang dua surat ini saya ada dan kalau – dan ini bukan lagi rahsia kerana kita telah
umumkan dan kalau dikehendaki. Itu tahap yang kita lakukan. Soal saya hendak dikecam itu
boleh kita - kerja saudara pun. Akan tetapi yang saya hendak sebut, ulang sekali lagi hendak
mengatakan kita tidak ada jumlah itu tidak benar. Mustahil saya mengambil risiko itu... [Dewan
riuh]
Saudara pilih hendak pertahankan APCO sila? Terima kasih... [Dewan riuh]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Menteri harap kita boleh pindah ke perkara yang lain Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kena jawab! Kena jawab! Kerana perkara
yang dibangkit kena jawab... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat , baik Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Selepas ini...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Selepas saya jawab saya move on Tuan
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya untuk
membuat satu penilaian terhadap seseorang sama ada dia merupakan pembela kepada Melayu
Pulau Pinang ataupun tidak, berdasarkan kerana tidak berucap dalam Dewan itu satu penilaian
tidak betullah.
Beberapa Ahli: Ya.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Kerana yang membela di luar yang tidak
dapat jadi wakil rakyat. Kalau yang ‘dok’ bercakap sini pun hanya setakat bercakap, akan tetapi
balik ke Pulau Pinang tidak buat kerja pun tidak guna.
Beberapa Ahli: Sudahlah!

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi saya percaya Yang Berhormat
daripada Bayan Baru banyak buat kerja...
Seorang Ahli: Betul! [Ketawa]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Di dalam negeri Pulau Pinang... [Dewan
riuh] Jadi kalau kurang bercakap, bukan tidak bercakap, kalau tidak bercakap tidak bermaksud...
[Dewan riuh]

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: ...Tidak memaksa...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Menyampuk]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Bahawa tidak membela orang Melayu
Pulau Pinang. Nombor dua Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Sungguhpun dia tidak... Barisan
Nasional...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat...

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Kerana Yang Berhormat Bayan Baru
keluar sahaja...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, tidak mengapa Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini floor saya dan Yang Berhormat
Permatang Pauh...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tadi saya
sudah sebut kita kena dengar sekali sekala.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Tidak boleh duduk ikut dia bertanya.
Hanya saya sahaja boleh. Oleh kerana itulah saya menjawab bagi pihak dia, ya. Kerana itulah
saya menjawab bagi pihak dia. Nombor dua Yang Berhormat berkenaan dengan mahu
memanggil, hantar surat memanggil untuk mengadakan sidang khas kerana undi tidak percaya.
Saya rasa susah hendak percaya juga...
Seorang Ahli: [Ketawa]

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...Pada apa Yang Berhormat bangkit.
Kerana pada ketika itu Yang Berhormat ada 82, sebelah sini ada 140. Pergi ikut mana sekali pun,
di mana undi yang tidak boleh tidak percaya boleh menang, kalau dia cuma ada 82? Ya, 82. Ini
bermakna terpaksa ambillah daripada Barisan Nasional. Saya tidak mahu sebut perkataan curi.
Maknanya kalau dia ada 82 hendak menunjukkan bahawa dia hendak bincang undi tidak percaya
kepada Perdana Menteri mesti dia ambil 20 daripada sini untuk jadi 112, okey.
Jadi saya diajar oleh Yang Berhormat Beruas, dia cerdik. Sebelum dia hendak ambil
kerajaan di negeri Perak dia ambil tandatangan semua sudah. Tandatangan daripada tiga-tiga
parti ini. Semua tandatangan setuju iaitu bahawa mereka bentuk kerajaan.

Jadi bila Tuanku tengok betul-betul, mereka dapat lebih daripada majoriti Jadi Tuanku
Sultan Perak tidak ada ruang hendak tolak. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat, kalau
Yang Berhormat belajar daripada Yang Berhormat Beruas itu, patutnya kena bawa juga
tandatangan 20 orang lagi itu... [Dewan riuh] Yang dikatakan 30. Maka dengan tandatangan surat
pengakuan tadi, saya tidak minat tentang 82 itu. Yang 82 itu memang sudah sokong dia, yang
tandatangan daripada Marang, yang tandatangan daripada Ipoh Timur, itu saya tidak minat
sebab mereka sudah memang sokong, 82. Kita hendak tandatangan yang 30 itu, mana dia?...
[Dewan riuh] Yang 30 itu... [Dewan riuh] Jadi kalau yang 30 itu, saya percaya Yang Berhormat,
kalau yang 30 itu sudah tandatangan pengakuan, saya rasa kalau Ketua Pembangkang dapat 30
itu, dia tunjuk terus kepada Agong, itu sahaja... [Tepuk] [Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebab tidak ada, sebab tidak ada. Sebab
itulah, jadi saya ingat dalam hal ini, iaitu apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari
Bayan Baru, saya difahamkan telah pun diambil serius oleh pihak polis dan kita serahkan kepada
polis untuk membuat penyiasatan. Kalau sekiranya ada yang boleh dikaitkan dengan apa-apa
kesalahan, saya percaya pihak Peguam Negara akan mengambil keputusan untuk mendakwa
Ketua Pembangkanglah, kalau ada. Kalau tidak ada, tidak adalah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan