Sabtu, 17 April 2010

PRK HS...Pengakuan Zaid Ibrahim Di Parlimen!!! Disco Boleh...Ganja Boleh..


Ucapan Zahid Ibrahim Di Dewan Rakyat pada 6 September 2004
Jam 2.33 petang. Rang undang-undang Agensi Antidadah Kebangsaan 2004
Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim [Kota Bharu]: Tuan Yang di-Pertua, Persoalannya selain daripada cadangan-cadangan dan rang undang-undang yang dikemukakan, penguatkuasaan dan penubuhan sesuatu agensi baru dan sebagainya, saya ingin mengambil perhatian Tuan Yang di-Pertua tentang perlunya satu pendekatan yang agak baru dan berbeza untuk mengatasi masalah ini. Saya lihat
kecenderungan kita ialah bila ada sesuatu masalah seperti masalah dadah, yang kita
ambil tindakan ialah satu cara penghapusan.

Kita hendak hapus dadah, kita tangkap dia, kita gunakan segala kuasa yang ada untuk mengatasi masalah ini. Kita juga memberi banyak nasihat bukan sahaja daripada golongan-golongan agama iaitu pemimpin-pemimpin masyarakat tentang bahayanya dadah dan semua perkara ini adalah satu perkara yang kita semua tahu. Anak-anak muda kita tahu bahayanya dadah, mahalnya dadah. Kita semua tahu perkara ini tetapi ia terus juga berlaku.

Jadi saya percaya satu pendekatan baru perlu diambil oleh kerajaan dalam melihat soal dadah ini sebagai satu masalah yang lebih luas. Bila saya katakan masalah yang lebih luas ini ialah masalah kekosongan jiwa manusia kita. Kalau kita lihat daripada statistik itu kita dapati yang kalaulah setiap tiga orang penagih dadah itu seorang bukan Melayu dan tiga orang Melayu maka persoalannya mengapakah kita orang Melayu ini begitu cenderung kepada dadah sedangkan agama kita melarangnya dan hubungan keluarga orang Melayu pun tidak kurangnya kasih sayang daripada keluarga-keluarga bangsa lain. Jadi apakah masalah sebenar?

Pada hemat saya masalah sebenar ialah kita tidak memberi kebebasan yang secukupnya kepada pembangunan jiwa bangsa orang kita. Lihat budaya, kita tidak memberi penekanan kepada budaya, kepada culture, kepada kesenian. Walaupun ada dari peringkat elit adalah penaung-penaung orang-orang kaya yang mempromosikan culture tetapi bukan satu budaya kita. Maka kekosongan itu diisi dengan apa?

Malah kita bukan sahaja tidak mengencourage ataupun menggalakkannya, kita menahan. Ada unsur-unsur budaya kita diharamkan. Budaya nenek moyang kita beribu tahun dianggap bertentangan dengan agama dan sebagainya. Pergaulan yang sihat juga tidak dibenarkan, kita pegang tangan pun tangkap. Satu kongkongan yang begitu hebat dalam masyarakat. Semua perkara tidak boleh dilakukan. Kita keluar fatwa dengan begitu mudah. Kita katakan itu haram, ini haram.

Persoalan di sini bukan persoalan agama semata-mata. Persoalannya bagaimana kita mengatasi masalah masyarakat kita yang liar. Kita lihat dalam soal concert pun kita ada masalah. Soal drama pun tidak boleh, semua tidak boleh. Jadi sebab itulah pada hemat saya bangsa lain mungkin ada outletnya. Dia boleh pergi disko, kita kalau pergi disko pandang serong. Saya sendiri pun suka pergi disko tapi tidak bererti kita pergi hisap dadah atau mencari dadah. Kita terlalu banyak larangan larangan dalam masyarakat kita.

Jadi saya harap kerajaan dan agensi yang ditubuhkan ini juga memandang perkara ini dan memikirkan cara-cara untuk memberi semangat baru. Suatu perkara yang perlu ditanam dalam bangsa Melayu kita ialah perlunya ada sesuatu untuk mengisinya. Dalam sukan juga kita gagal. Di sekolah-sekolah hari ini tidak ada aktiviti sukan seperti pada zaman saya dahulu. Tidak ada penekanan. Di sekolah-sekolah PIBG buat apa yang ada dalam mesyuarat PIBG. Kalau ada pameran ataupun pertunjukan hanyalah satu dua lagu nasyid.

Jadi bangsa kita tidak ada. Kita tidak mahu memberi ruang yang secukupnya untuk dia menghidupkan hasratnya, impiannya. Jadi bila dia jadi beku, bila pemikirannya beku, jiwanya lesu, dia pergi cari pil kuda. Jadi sebab itulah masalah dadah ini mesti kita ikhlas. Kita jangan terlalu mudah untuk menunjukkan kita ini lebih daripada orang lain. Ini masalah manusia dan kadangkala kerajaan harus memikirkan bukan sahaja untuk menghapuskan sesuatu yang tidak baik. Matlamat kerajaan ialah mengurangkan kemudaratan yang ada dalam masyarakat.

Kalau sesuatu kegiatan itu mungkin tidak baik, tetapi kurang bahaya maka kita harus benarkan. Kalau Konsert Sure Heboh itu mungkin tidak baik, tetapi jika ia tidak
memberi kemudaratan yang begitu besar, kita harus benarkan. Janganlah kita ikut telunjuk atau cara pendekatan parti PAS. Parti PAS, semua yang dalam dunia, yang tidak betul mengikut pandangannya mesti diharamkan, tetapi kita lihat kegagalan di Kelantan sendiri, budaya kita mati, dadah begitu tinggi, bangsa tidak ada jiwa.

Jadi sebab itulah saya mengharapkan kerajaan dan agensi yang baru ditubuhkan ini dan mereka yang mengisi badan-badan yang seperti ini harus memikirkan cara-cara baru. Kadang-kadang penyelesaian masalah yang rumit, yang telah bertahun-tahun, yang meragut nyawa begitu ramai, yang memusnahkan fabric of society kita.

Saya, kalau dalam kempen untuk menyedari anak-anak muda tentang bahayanya dadah, saya rasa adalah baik kita perluaskan, pertingkatkan, termasuklah juga seperti yang saya katakan program-program atau aktiviti-aktiviti seperti konsert, sukan dan sebagainya. Tetapi kita perlukan kegiatan budaya, kita perlukan sukan yang memberangsangkan, kita perlu orang ramai hadir, terlibat sama, yang ada semangat baru, biar ada energy dia, tenaga dia itu boleh kita salurkan kepada satu pendekatan ataupun produktiviti yang lebih baik.

Jadi saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat bagi Sabak Bernam. Gunalah apa sahaja cara, janganlah kita mengambil pendekatan mudah, pendekatan yang telah gagal, it’s very clear, cara kita ini gagal. Kalau kita lihat di negara-negara lain, Holland, Norway, Sweden yang disebut tadi, ini juga tempat dadah bermula dan Hippies dalam tahun 70-an, tetapi mereka mengambil pendekatan yang lain, mereka kadang-kadang menggalakkannya dengan erti kata lain, mereka memberi bantuan dengan harapan dan ini terbukti pertolongan yang diberi itu dapat membantu penagihpenagih dadah itu keluar daripada penyakit ini ataupun penagihan ini.

Jadi itulah yang saya katakan tadi, mereka yang bertanggungjawab Tuan Yang di-Pertua, mestilah sanggup berani, mencari pendekatan baru, menghidupkan lagi satu keadaan di mana anak-anak muda kita mempunyai harapan untuk mengatasi masalah ini.

Saya sebenarnya bukanlah Pengerusi Dadah Kebangsaan, jadi saya tidaklah boleh memberi perancangan yang luas, tetapi saya faham maksud Yang Berhormat. Memang itulah yang dimaksudkan tadi. Dadah juga, it’s a generic name, dadah ini kita gunakan untuk yang tidak begitu serius seperti ganja, rokok pun dadah tetapi kita benarkan kerana masyarakat menerima rokok ataupun tembakau sebagai satu perkara yang okay, tetapi ia juga dadah.

Kita ada dadah seperti ganja, kita ada amphetamine, kita ada heroin, kita ada yang lebih serius. Jadi maksud yang saya katakan, dalam kita mengharamkan semuanya dan gagal dalam mencapai matlamat itu, mungkin baik juga kita membenarkan untuk melonggarkan dadah-dadah yang lebih kurang serius, itu satu.

Kedua, memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Ketereh itu berlaku dan dilakukan dengan jayanya. Misalnya pada satu masa di New York, marijuana itu haram, it’s a criminal possession of marijuana. Tetapi mereka membuat kajian bahawa lagi haram yang dibuat itu, lagi banyak mafia yang membuka ruang untuk berniaga dengan lebih besar dan makin serius masalah itu.

Maka sebab itu marijuana itu dicriminalize dan bila anak-anak muda itu ada marijuana, maka kuranglah kecenderungannya untuk progress kepada yang dadah-dadah yang lebih dahsyat.

Jadi memang, di Amsterdam juga soal syringe diberi percuma, syringe yang bersih supaya ia tidak ada masalah lain, masalah AIDS misalnya. Jadi dengan kerajaan mengeluarkan cara-cara ataupun memberikan peralatan yang bersih, yang hygienic ini mengurangkan masalah, jadi saya setuju dengan saranan Yang Berhormat.

Itu baru sedikit apa yang peminum arak tega ni sebutkan! kalau pengundi di Hulu Selangor nak pemimpin jenis hisap ganja boleh, disko boleh, free thinker, kaki botol, rosak akhlak bahkan pernah menyaman nik aziz dan PAS berkenaan hudud di Kelantan, maka boleh lah pilih mangkuk diatas ni, Dengarnya markas PAS kawasan Rasa di Hulu Selangor ditutup kerana PAS cawangan berkenaan MENOLAK calon berwajah setan ini!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan: