Sabtu, 19 Mac 2011
Siapa Antara Mereka Bakal CM Sarawak...?
Dato Seri Najib sudah berada di Sarawak malam ni, esok katanya DS Najib akan membuat pengumuman penting! pengumuman yang diberitakan akan menamakan calon yang bakal menggantikan Pehin Seri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas BN mendapat mandat didalam PRN yang bakal diadakan dalam waktu terdekat.
Kebanyakkan dari sumber rakan rakan di Sarawak menamakan 3 nama berikut, namun siapa jua yang bakal diangkat maka yang 2 lagi perlu menerimanya dengan hati terbuka, yang penting kita menangkan dulu BN agar kekal mentadbir dan menjadi kerajaan di Sarawak...
Lepas tu kalau tak puas hati, kita selesaikan cara baik didalam pemilihan parti yang akan datang...kata sahabat ni..
Lu Fikir La Sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adenan Satem terlalu sangat bulldozer dan anaknya sudah dirosakkan nama oleh anaknya Aziz.
BalasPadamAbang Joe ada sikit sejarah dengan Anwar Ibrahim. Dia popular tetapi ada kelemahan tertentu.
Awang Tengah adalah kemungkinan paling besar.
MESTI diingat Datuk Patinggi Alfred Jabu Anak Numpang adalah Timbalan President 1 (dari Pesaka) PBB, manakala Datuk Amar Abg Johari adalah Timbalan President 2 (Bumiputera) PBB. Datuk Amar Adenan & Datuk Amar Awang Tengah, hanya senior vice president PBB.
BalasPadamYang layak mengganti PS Taib ialah DP Jabu, mengikut urutan seniority dalam PBB, walaupun Jabu dari Pesaka wing. Ini diakui oleh Tun Rahman, mantan President PBB & Ketua Menteri Sarawak!
PS Taib, bukan tidak ada pengganti dalam PBB, tapi atas desakan kebanyakan ahli PBB yang mahu kaum Melayu/Melanau meneruskan tradisi leading PBB, maka PS Taib terpaksa menunggu masa yang sesuai untuk "pass the baton" kepimpinan dalam PBB kepada org Melayu.
Tapi DP Jabu masih berada di slot No. 2 dalam PBB dan tidak mungkin PS Taib mahu "by-pass" DP Jabu, sebab DP Jabu dipilih dalam PBB sebagai org No. 2 kpda PS Taib. PS Taib hanya menanti hari yang paling sesuai sebelum menyerahkan "baton" kepimpinan ini kpda puak Melayu (Bumiputera). Masa yang sesuai adalah apabila DP Jabu mengundur diri secara suka rela dari jawatannya sebagai Timbalan President 1 dlm PBB! Bila DP Jabu akan berundur? Kita sama-sama TUNGGU! Apa bila DP Jabu sudah "retire" nanti, barulah PS Taib senang percaturan, kerana pada masa itu Abg Johari sebagai orang No. 3 dalam PBB (selepas Jabu) boleh diNAIK pangkat ke jawatan Timbalan President 1 dan selepas PS Taib melepaskan pula jawatan President PBB, Abg Johari akan naik, sebagai "acting President" PBB. Jawatan "acting President" akan mengundang satu "pertandingan" apabila perhimpunan PBB diadakan selepas pengunduran PS Taib. Dalam Pesaka wing pula, Datuk Douglas Uggah pula akan naik sebagai Timbalan President 1, menggantikan PD Jabu dan akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, selepas perhimpunan agung kelak. Persoalan DA Adenan atau DA Awg Tengah untuk ganti PS Taib, hendaklah bertarung dulu dengan DA Abg Johari dalam perhimpunan agung PBB selepas PS Taib berundur...
ELOK ELOK LA TAIB BERSARA, LAMA DAH TAKUT ORANG MELUAT
BalasPadamAJIS TAK PALA DIA MUKA TAK MALU