KUANTAN, 13 Julai - Orang ramai terutamanya mereka yang membantah projek pembinaan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dekat sini, kecewa bila ada beberapa orang pemimpin pembangkang yang "cakap tidak serupa bikin" dalam isu ini.
Mereka membantah Lynas di depan rakyat, sebaliknya mereka mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan syarikat itu sendiri. Malah, kami juga mendapat beberapa maklumat tentang pembabitan pihak terbabit sebelum ini. Cuma, untuk mengelakkan salah faham maka perkara itu dirahsiakan dari pengentahuan semua pihak.
"Saya hairan dengan sikap pemimpin terbabit, di depan kita mereka lantang membantah Lynas tetapi dibelakang rupanya mereka juga mendapat projek di dalam syarikat tersebut. Ini munafik namanya!", kata seorang penduduk Balok Makmur yang ditemui pagi tadi.
"Memang saya tahu perkara ini, tapi saya tidak berani untuk mengesahkannya kerana tidak cukup bukti. Tapi bila saya arahkan beberapa orang sahabat yg bekerja di dalam Lynas menyiasat. Ternyata ia ada kebenarannnya", tambah beliau lagi dengan nada kecewa.
Kami juga terkejut dengan maklumat ini. Amatlah malang bagi rakyat yang membantah Lynas apabila ada pemimpin yang rupanya mendapat untung lumayan daripada projek itu. Di fahamkan, ramai juga anak-anak penyokong pembangkang yang bekerja dengan Lynas.
Ini membuktikan bahawa pihak terbabit mungkin yakin bahawa kilang memproses rare earth itu sebenarnya tidak berbahaya dan berisiko besar kepada rakyat. Masalahnya, kenapa didepan rakyat mereka sama-sama bangkit menentang?. Kenapa harus menipu diri sendiri?. Kasihan benar melihat rakyat dan penyokong bantahan Lynas kerana tertipu dengan gelagat pemimpin pembangkang seperti ini.
sumber pahangdailyonline...
Akhirnya Sedar jugak kuda kuda belang yang selama ini di keldaikan oleh pemimpin mereka yang meragut untung! keldai dan kuda pulak tetap ragut rumput...huhu...
Ada beza ke kuda belang dengan keldai...hahahaha!
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Ada beza ke kuda belang dengan keldai...hahahaha!
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan