Khamis, 10 November 2011

Bukti Pembangkang Tak Senang Rakyat Dapat Barang Murah..!


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan dakwaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka (pembangkang) tidak membandingkan harga produk KR1M dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

"Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk KR1M dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.

"Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah 'apple to apple' atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Bukti puak pakatan haram ni cukup gerun dan tak selesa bila rakyat menikmati harga barang keperluan harian murah! carefour beli pukal! beli banyak lepas tu buat lebeling mereka sendiri! tentunya carefour boleh menentukan harga yang lebih murah bagi menarik minat pengguna! soalnya apakah benar barangan tersebut berkualiti? cuba tengok barang lain yang tidak dijual menggunakan label carefour..murah ke?

Itu strategi niaga carefour! carefour perlu mengadakan barangan yang mereka lebel sendiri dengan harga yang murah! supaya rakyat dapat 'merasakan' carefour ada menawarkan sesuatu yang lebih murah dari tempat lain..! tapi apakah semua barangan keperluan harian? dan apakah kualitinya sama malah lebih baik dengan barangan biasa yang kita guna?

Itu strategi orang meniaga! kita tak payah pening! tapi apa yang baiknya pula ialah jika lepas ini adanya peniaga seperti carefour, tesco atau giant atau siapa jugaklah peniaga wholesale ni yang menurunkan harga barang kan tentunya ia elok, baik dan berguna kepada rakyat!

Malah kalau berlaku perang penurunan harga barang di pasaran pun apa masaalah? kan rakyat juga yang mendapat faedahnya? tidakkah itu yang PM mahukan? PM mahukan rakyat hidup dengan lebih selesa...selesa maksudnya duit cukup untuk beli barang! cukup untuk beli pakai dan mencekik!!! apa masaalahnya?


Masaalahnya ialah pembangkang haram jadah ni tak mahu rakyat selesa! tak mahu rakyat senang! tak mahu rakyat dibantu dengan kewujudan KR1M!!! Sebab? sebab kalau rakyat selesa habis lah kerja haram dia orang!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. bro, tumpang tanye, awak dah pegi ke kedai 1M? rasanya kedai tu untuk rakyat bawahan, sewajarnye dia lagi murah waima dari carefour ke giant ke... kalau xpercaya tolong pegi kedai 1M dekat wangsa maju dan giant serta hero di wangsa maju. toksah beli bende lain. beli telor ayam je gred yang sama. 1M lagi mahal dari hero, hero lagi mahal dari giant.

    BalasPadam