Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, tiga daerah iaitu Kota Baharu, Pasir Mas dan Tumpat sehingga kini masih lagi terlibat dengan bencana itu.
Pusat pemindahan yang dibuka di ketiga-tiga daerah itu juga masih 11 buah seperti malam tadi.
Daerah Pasir Mas paling teruk terjejas dengan sembilan buah pusat beroperasi di situ diikuti masing-masing sebuah di Kota Baharu dan Tumpat, katanya.
Beliau berkata paras Sungai Golok di Rantau Panjang pagi ini menunjukkan penurunan kepada 10.09 meter, bagaimanapun masih melebihi paras bahaya 9 meter.
Selain itu jurucakap itu berkata hanya empat jalan ditutup kepada kenderaan ringan pagi ini iaitu di Pasir Mas dan Tumpat.
Di Pasir Mas, tiga jalan ditutup iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu Kilometer 10, Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 Kilometer 1 dan Jalan Pengkalan Rakit Kilometer 3 manakala jalan yang ditutup di Tumpat ialah Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti Kilometer 3, katanya.
Selain itu, banjir yang melanda Kelantan sehingga kini telah meragut empat nyawa dengan tiga lagi masih dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas.
Empat mangsa yang ditemui mati lemas itu adalah lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun manakala tiga lagi masih hilang adalah remaja berusia antara 10 dan 15 tahun.
Mereka yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Alif Rizuan, 15, yang mandi di sebuah sungai di Machang, Mohd Azman Yusuf, 17, hilang di Sungai Golok dan Mohd Farid Mohd Yusof, 20, hilang di Pantai Kuala Pak Amat. - BERNAMA
Kerajaan Nik Najis bagi bantuan apa? Bagi air jampi?
Wakakakaka..
Lu fikir la sendiri!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Dah surut ke banjir tu dgn air jampi Pok Nik? Ahaks.
BalasPadamArtikel Sampah!
BalasPadambuat solat hajat lepas tu rusaha bagaimana nak atasi masaalah banjir tak pe jugak...20 tahun dah pok nik perintah Kelantan 'Serambi Mekah' tp sampai sekarang tak de perubahan...dah jadi 'Serambi Merekah'
BalasPadam