9. Manusia yang bertamadun tidak menurut nafsu semata-mata. Budaya Barat menggalakkan manusia mengikut nafsu. Kebebasan bagi mereka bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.
10. Sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri dari terikut-ikut dengan nafsu. Sebabnya nafsu perlu dibendung ialah sesuatu yang tidak baik akan menimpa mereka yang mengikut nafsu. Tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya.
11. Kita sedang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat Barat. Sementara agama mereka melarang seks songsang, paderi mereka secara terbuka mengamalkan seks songsang. Mereka ditugaskan untuk mengahwini sepasang lelaki dan perempuan. Apakah maknanya apabila mereka menasihati pasangan itu supaya setia kepada masing-masing. Sesungguhnya institusi perkahwinan dan kekeluargaan sudah luput dalam masyarakat Barat. Ramai daripada mereka tidak tahu siapa bapa mereka. Kemungkinan besar akan berlaku perkahwinan atau hubungan seks antara adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak, anak dengan ibu.
12. Mereka yang taksub dengan kebebasan akan berkata apa salahnya jika ini berlaku. Percayalah, masyarakat selepas ini akan dipenuhi dengan manusia yang cacat tubuh-badan, cacat akal fikiran dan besar kemungkinan aneka jenis penyakit baru akan menyerang msyarakat itu.
13. Sementara kita akui ada manusia yang jantina mereka tidak jelas, janganlah kerana ingin tidak memencilkan mereka, kita terima amalan Seksualiti Merdeka atau Free Seks dalam masyarakat kita. Amalan ini bukan sahaja berdosa tetapi akan runtuhkan masyarakat kita.
Marina...! Lu fikir la Sendiri!!!
Sedikit kisah perihal kaum Nabi Lut:
BalasPadamDan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka, sambil berkata: Ini adalah hari yang amat mencemaskan. Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya, sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu. Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal? Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki. Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat. Tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu. Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka. Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu Subuh; bukankah waktu Subuh itu sudah dekat? Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.
pstt..janganlah kamu menjadi manusia yang melampaui batas!!!! sesungguhnya kamu akan kembali kepada allah.
1. Kaum Nabi Lutt sudah sampai peringkat berani berterusterang mereka adalah homoseks dan tak minat pada perempuan. Mereka berani datang ke rumah orang dan menuntut lelaki diberi kepada mereka. Keadaan zaman sekarang pun rasanya sudah serupa.
BalasPadam2. Allah tidak pula menyuruh kita membunuh kaum homoseks tapi Allah menyuruh kita menjauhkan diri dari mereka. Maknanya kalau kita tahu kawan kita itu homoseks, jauhkan diri. Kejahatan seperti ini hanya Allah yang layak memberi hukuman.