Ahad, 13 November 2011
Tok Nenen Bela Punai...
Penasihat DAP YB. Lim Kit Siang menganggap tindakan Polis bersifat berat sebelah dan tidak demokratik dalam menyiasat Video Seks yang dikeluarkan 'Datuk T'.
Beliau mendakwa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi mangsa penganiayaan politik yang dilihat tidak berkesudahan.
“Permulaan pusingan baru ini harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.
Ia juga adalah bukti Dasar Transformasi Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulihkan Malaysia tidak bermakna sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini."
Kit Siang berkata demikian dalam reaksi terhadap keputusan pihak polis yang telah memulakan siasatan terhadap Video Seks yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Berasaskan laporan, Pegawai polis DSP S. Shanmugan Moorthy mendakwa Datuk Seri Anwar telah memberi maklumat palsu dalam kes video seks itu, dan dengan itu dikaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.- KLpos
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan