Ahad, 21 Oktober 2012

Pilihanraya Dah Di Depan Pintu..!


Pilihan raya umum ke-13 sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

"Bergantung kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya. Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini, Ahad.

Dah penat pun tunggu...! Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. diadakan sekarang lagi baguih demi nak selamatkan selangor bab isu air dan pengkhianatan besar besaran institusi pendidikan melayu seperti YBK,UiTM dll.

    Di p.pinang melayu dah teruk dihalau dan dianiaya.

    Dikelantan, rakyat dihidangkan dengan lebuh raya,keretapi laju,stadium dll lebih penting berbanding isu AIR.

    Kerajaan tak perlu tunggu selepas pemberian BR1M Januari ini kerana rakyat dah pun buat kata putus dalam hati mereka sekarang nih..

    gen2felda

    BalasPadam