Jumaat, 7 Jun 2013

BAPAK SEGALA RASIS - KOMUNIS DAPig


KENYATAAN INI PASTI AKAN MENGUNDANG SKRIP RASIS DAPIG..!!!


KUALA LUMPUR - Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah hari ini mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada Raja.
   
Beliau berkata meskipun pada masa ini sudah ada Akta Hasutan 1948 yang mengambil kira perbuatan-perbuatan seperti itu, namun ia merupakan perbuatan yang berbeza.
   
"Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja.
   
"Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan," katanya kepada pemberita di luar Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis di sini.
   
Mengulas lanjut, beliau berkata undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun penjara.
 
"Ini supaya rakyat tahu tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesalahan derhaka," katanya.
   
Bagaimanapun, katanya, sebelum undang-undang itu digubal, masyarakat khususnya generasi muda perlu terlebih dahulu diberi pendedahan dan penjelasan tentang sistem Raja Berperlembagaan yang diguna pakai di negara ini.
   
Beliau berkata adalah tidak adil untuk mengambil tindakan kepada seseorang yang didapati melakukan kesalahan tanpa individu berkenaan diberi pendedahan yang secukupnya.
   
"Mengambil tindakan tanpa menjelaskan adalah menganiaya. Tetapi biarlah penjelasan itu dibuat oleh orang yang pakar dalam undang-undang. Jangan diserah kepada orang politik yang ada kepentingan. Takut nanti terpesong Perlembagaan mengikut kecenderungan politik mereka," tegasnya.
   
Tambahnya, undang-undang ialah peraturan hidup dan rakyat seharusnya mematuhi apa yang termaktub di dalamnya.
  
Terdahulu ketika membentangkan kertas kerja, Mohd Noor berkata hak kebebasan bersuara tidak membolehkan mana-mana individu mempersoal kuasa, hak dan keistimewaan Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.    
   
"Malahan, sesiapa yang cuba mengapi-apikan penghapusan institusi Raja dalam Parlimen sekalipun boleh didakwa di mahkamah walaupun mereka kebal untuk membincangkan perkara-perkara lain di dalam Dewan," katanya.
   
Beliau menegaskan bahawa sistem Raja Berperlembagaan telah diterima pakai sejak merdeka.    

Justeru, katanya, pemerintah negara yang sebenar ialah Raja manakala Kabinet hanya menjalankan tadbir urus atas nama Raja.
   
"Oleh itu, tidak timbul soal undi popular atau ingin menukar pemerintahan beraja kepada presiden," tegasnya.
   
Seminar dua hari bertemakan "Melestarikan Pemerintahan Beraja" itu buat julung kalinya dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-70 Raja Perlis.
  - Bernama

SETUJU...!!! LU FIKIR LA SENDIRI!!!

2 ulasan:

  1. Dalam kes sebegini Thailand tiada kompromi..contohi Thailand.

    BalasPadam
  2. Thailand sebuah negara yang betul2 menghormati akan raja dan kedudukan Nya. Ini dapat dilihat bilamana hari keputeraan Baginda semua pusat2 maksiat ditutup sebagai tanda hormat walaupun Baginda bukan beragama islam. Tiada arak dijual pusat karaoke pusat urut diskotidak beroperasi. Walhal baginda berada di bangkok tetapi di pekan Danok pun mereka tetap mengikuti akan peraturan2 yang ditetapkan oleh kerajaan. Tak ada pun protes oleh taukey2 pusat2 tersebut membuat bantahan. Kita Malaysia sebuah negara islam namun bulan puasa pusat2 maksiat masih beroperasi seperti sediakala. Kerajaan khusus nya pemimpin UMNO mengambil langkah yang drastik unutk membuat perubahan pada pusat2 maksiat dalam bulan puasa dan semasa hari keputeraan DYMM YANG DIPERTUAN AGONG. Tetapkan syarat pengeluran lesen pusat maksiat dan perjudian bahawa semasa bulan puasa dan hari keputeraan YG DIPERTUAN AGONG semua premis2 yang menjalankan perniagaan berunsur maksiat dan perjudian tidak boleh beroperasai sebagai tanda hormat pada agama islam dan YG DIPERTUAN AGONG. Jika Najib dapat melaksanakan garis panduan tersebut maka nescaya PRU ke14 nanti UMNO dan BN akan menang dengan bilangan kerusi yang lebih dari yang ada sekarang. SAYA CABAR UMNO DAN PEMIMPIN NYA. Jangan hanya dalam perhimpunan agong bila membahas usul agama semangat amat tinggi. Seolah olah nak meletakan islam ditempat yang tinggi.

    BalasPadam