Rabu, 26 Jun 2013

Sekadar Layak Ketua Pembangkang Ajer Laa...



KUALA LUMPUR -  Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen bagi penggal ke-13.

Beliau berkata, pelantikan Anwar dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3).

"Mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa beliau (Anwar) sebulat suara mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Pematang Pauh mula dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada penggal Parlimen ke-12.

Sebelum ini Lim Kit Siang (Gelang Patah-DAP) menyatakan bahawa pembangkang bersetuju mengekalkan Anwar mengetuai pakatan pembangkang di Parlimen.

Persoalan siapa menjadi Ketua Pembangkang mula timbul apabila DAP memperolehi jumlah kerusi terbanyak yang dimenangi PR iaitu DAP 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi pada PRU13 lalu.


Belajar la berpolitik matang...bukan politik binatang, kalau yakin bahawa ada lagi kuasa yang menguasai alam ini maka terima la hakikat dari NYA..

Lu Fikir La Sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan