Khamis, 20 Jun 2013

Bekas MP Sri Gading Dilantik Speaker Johor...



Petikan dari Agendadaily...
matazizBagi wartawan yang biasa membuat liputan di Parlimen, kelibat bekas MP Seri Gading Datuk Mohamad Aziz atau lebih mesra dipanggil 'Tok Mat Aziz' bangun berucap atau mencelah sentiasa dinantikan.

Ini kerana kemampuan beliau membuat 'libasan spontan' yang sering buat MP-MP pembangkang tercenggang tak tahu nak kata apa.
Pada PRU13 lalu, beliau tidak bertanding untuk beri laluan kepada Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Dan pada Khamis, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO itu mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baru.
Majlis angkat sumpah perlantikan itu dibuat sempena mesyuarat pertama bagi penggal pertama DUN Johor dan majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar Nusajaya.
Pemilihan Mohamad, 72, dikemukakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi menggantikan Datuk Mohd Ali Hassan.
ADUN Panti, Datuk Baderi Dasuki pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker bagi menggantikan Datuk Othman Jais. --20/6/2013

2 ulasan:

  1. Tahniah & syabas kpd Tok Mat Aziz.Jangan beri peluang pada agen2 cina dapsters mengukuhkan laluan di johor - kubu melayu & umno.

    BalasPadam