isu ini pun utusan nak letak di muka hadapan...! |
Sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri perkara yang sering diungkap kan oleh Najib ialah Transformasi. Perubahan besar yang perlu dilakukan kepada rakyat dan pembentukan negara. Pelbagai perkara dirangka, pelbagai ungkapan dicipta. Banyak dasar dipinda, banyak pendekatan dicuba.
Semuanya atas dasar Transformasi..kemuncaknya apabila PRU13 melabuhkan tirainya, transformasi juga tercipta, Pak lah yang tidur pun boleh dapat 140 kerusi rupanya Najib yang kehulu ke hilir, kesana kemari cuma tinggal 133 kerusi. Itu juga Transformasi.
Persoalannya bagaimana ombak besar yang dipanggil tsunami itu langsung tidak dihidu dan diperhati oleh Najib? Apakah Najib langsung tidak membaca dan memahami apa yang disampaikan oleh pihak SB? Bagaimana Najib boleh menafikan laporan sebuah pasukan yang berintegriti? Hanya mendengar kata puak sendiri..! hanya mengangguk kata kata kroni? Atau itu juga salah satu dari Transformasi..!
Pilihanraya sudah selesai, namun rakyat tetap dihidangkan dengan kebobrokan berpolitik. Apakah berpolitik berlebih lebihan hingga melanggar undang undang itu juga dikatakan Transformasi? Apakah dengan menafikan undang undang serta mengutamakan politik dari kesejahteraan hidup rakyat juga dipanggil Transformasi? Kerajaan yang lembik dan gagal menegakkan kebenaran juga satu dari cabang Transformasi?
Bangkit la..bangun ler..! Kerajaan bukan sahaja perlu kuat malah perlu dilihat kuat..! Kerajaan perlu berani dan keluar dari bersikap 'main sleamat'. Isu keselamatan, isu kesejahteraan dan isu keharmonian hidup rakyat bukan boleh dijual beli..rakyat terbanyak dah muak..!
Najib kena keluar dari kepompong para punahsihat yang merosakkan, baca ulasan blogger Just Read berkaitan isu perhimpunan haram semalam di sini.
Juga baca tulisan Dato Kadir Jasin yang boleh diibaratkan seperti kata seorang sahabat sama ada Najib membawa Transformasi atau TransforKRONI di sini.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan