Selasa, 25 Jun 2013

Suara Pengkhianat Dikenal Pasti..!

Mahkamah: Suara anggota polis dikenal pasti dalam pintasan perbualan telefon

Mahkamah: Suara anggota polis dikenal pasti dalam pintasan perbualan telefon KOPERAL Hassan Ali Basari, 55, diiringi anggota polis dengan kawalan ketat untuk dibawa menghadiri perbicaraan pada hari ke dua di Mahkahmah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini selepas dituduh sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas ketika kejadian pencerobohan di Lahad Datu. - Foto Malai Rosmah Tuah
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu suara dalam dua perbualan telefon yang dipintas dikenal pasti sebagai suara anggota polis yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah. 

Saksi kedua yang dilindungi itu berkata beliau mengecam suara Detektif Korporal Hassan Ali Basari dalam komunikasi yang dipintas sebelum ini di mana tertuduh memperkenalkan identiti dirinya. Hassan dari Semporna dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini. 
Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Saksi berkenaan berkata pada 2 Mac tahun ini, Hassan dihubungi seorang lelaki Sabah jam 7.37 malam untuk bertanyakan jika satu peperangan sudah berlaku dan Hassan mengiyakannya. - BERNAMA 
LU FIKIR LA SENDIRI!!!

5 ulasan:

  1. PENGKHIANAT NEGARA ? TAPI BOLEH LEPAK SEMEJA DGN PM & TPM...PELIKNYA....OH MALAYSIAKU...

    BalasPadam
  2. Lepak dgn PM dan TPM sbb di sokong oleh Melayu Pembangkang Babi Bongok!!!

    BalasPadam
  3. Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.>>>ni aje HUKUMAN NYA?nyawa yg dah melayang siapa nak jawab?

    BalasPadam
  4. Anuar Ibrahim x akan di dakwa ,kerana tidak cukup bukti,lagi pun akta keselamatan dalam negeri telah di bubarkan oleh Najib untuk mengambil hati pembangkang.....nah sekarang senjata makan tuan.....sbb itu sampai sekarang Peguam negara masih teragak2 untuk mendakwa anuar ibrahim dan Tian Chua..kalau di dakwa pun tak kan sangkut...di belakang anuar beratus penguam bela....yg jadi mangsa PDRM dan Tentera..menteri KDN hanya termampu memberi amaran demi amaran...PM hanya bercakap pasal transformasi las las yg hanya tinggal air lior basi.........

    BalasPadam
  5. Tangkapan2 atas mereka yg disyaki terlibat akan dilakukan untuk menterjemahkan yg kerajaan betul2serious atas kejadian di Lahad Datu. Akhirnya mereka2 ini akan dibawa kemeja pengadilan.

    Pastinya mereka2 akan didakwa diketuai olih AG kesayangan kita.

    Lazimnya mereka2 akan dibebaskan atas sebab2 yg telah dijangkakan.

    Walaupun banyak nyawa dipertaruhkan, harta benda musnah punah dan jutaan ribu ringgit telah digunabelanjakan dibantu dgn juataan ringgit drp para2 dermawan, keputusan yg dibiasa kedengaran hanya menambahkan luka dihati kita semua.

    Kesemuanya nampak macam "real". Apakah ini satu lagi episode lakunlayar politik Malaysia.

    Pastinya kerugian/kesengsaraan/ dikembalikan kpd rakyat yg mendokong watak/lakunan politik tanahair kita.

    Anehnya script seperti biasa ditatapi olih kita. Bezanya script Lahad Datu diklassifikasikan sebagai "heavyweight".

    Wallahhualam

    BalasPadam