Rabu, 5 Jun 2013

Kitol & Mandaliar Versi Anwar Ibrahim



Setelah Hong Kong diserahkan semula kepada China maka tiada lagi penjajahan mutlak Barat keatas negara di Asia. Setelah itu Barat mula memperkenalkan agama baru untuk dianuti oleh dunia dengan memperkenalkan human right atau hak asasi manusia walaupun baru semalam mereka menjajah dan langsung tidak pernah mengiktiraf hak rakyat dan negara yang mereka jajah.

Segala hasil bumi dan kekayaan negara yang mereka jajah dirompak dan di perah sehabis mungkin, waktu itu dunia tidak pula didendangkan dengan zikir hak asasi manusia.

Tapi itu lah realiti kehidupan kita didunia, Barat yang didominasi oleh Amerika yang ditunjangi oleh Yahudi tidak pernah sunyi dan berhenti berfikir bagaimana mahu menjadikan kita semua terutama orang Asia ini sebagai hamba sahya mereka sepanjang zaman dan seumur hidup.

Barat tidak perlu menghantar ketumbukan tentera uuntuk menjajah sesebuah negara, Cukup dengan ideologi, cukup dengan resolusi dan lebih lagi jika sesebuah negara yang mahu dijajah mempunyai kuda belang atau agen mereka yang taat dan setia untuk menggadaikan kedaulatan negara kepada mereka.

Contoh kenyataan facebook diatas cukup menggambarkan kepada kita betapa berjayanya Barat membentuk pemikiran rakyat jajahan mereka untuk terus direnggut dan dipasung bagi mencapai cita cita penjajahan mereka keatas rakyat dan negara kita.

Anwar seakan sudah menjadi agama kepada mereka dengan menga AMIN kan apa jua tingkahlaku dan pemikiran yang diwahyukan keatas mereka. Kepada mereka Anwar sahaja la tempat mereka menumpahkan keimanan dan ketaatan bag meneruskan hidup sebagai hamba Barat selama lamanya.

Nama Kitol dan Mandaliar mungkin sudah tidak lagi sesuai dengan zaman ini namun watak dan perlakuannya tetap segar dan subur walaupun kali ini namannya bertukar kepada Anwar Ibrahim..

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan