Ahad, 23 Jun 2013

Muar & Ledang Diishtihar DARURAT..!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang berkuatkuasa serta-merta berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 750, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.
Setakat pukul 7 pagi Ahad, IPU di Muar meningkat kepada 746, di mana lebih sekali ganda berbanding tahap standard "berbahaya" menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.
Kesemua 211 sekolah di Muar dan Ledang diarahkan tutup pada Isnin berikutan jerebu.
Pegawai Jabatan Pendidikan Daerah, Ahmad Othman berkata, sejumlah 76,940 pelajar terlibat ekoran keadaan jerebu.
“Terdapat 171 sekolah rendah dan 40 sekolah menengah di kedua-dua daerah.
“Sekolah-sekolah berkenaan telah diberitahu supaya ditutup sejak Khamis lepas, dan jabatan akan meneruskan untuk penutupannya sehingga keadaan bertambah baik,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di sini, Ahad.
sumber mstar.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan