Jumaat, 14 Jun 2013

Keras Ke Tidak?


Bila nak keras ni..?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, Jumaat.
Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.
LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.
Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.
"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.
Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).
"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO yang berkaliber dan apa sudah jadi kepada Pemuda UMNO yang senyap sepi dan sepatutnya berani menjawab segala tohmahan dan fitnah daripada pemimpin-pemimpin pembangkang?

    UMNO kelihatan lemah dengan sikap apoligik, mengalah dan sentiasa mengalah terhadap pembangkang dan pada masa sama berusaha untuk memujuk dan memberi pelbagai habuan kepada pihak yang bukan sahaja tidak sudi malah benci terhadap UMNO.

    Saya setuju dengan pendapat Tun Daim bahawa sepatutnya UMNO dan BN memberi tumpuan yang lebih kepada kawasan luar bandar dan kawasan yang BN kalah dengan nipis pada PRU-13 serta melupakan terus kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina.

    Sepatutnya PM lebih bijaksana dan menjadikan iktibar keputusan PRU negeri di Sarawak yang mana kaum Cina di kawasan bandar telah menolak BN sepenuhnya.

    Hentikan permusuhan UMNO dan PAS. PAS bukanlah musuh sebenar UMNO, dan UMNO bukanlah musuh sebenar PAS. Musuh sebenar orang Melayu adalah pm (Pengkhianat Melayu) Anwar Ibrahim dan DAPigs. Kemaruk sangat nak jadi pm, kita bagi dia title pm (Pengkhianat Melayu).

    Si Pengkhianat Melayu dan juga pendukung Islam pluralisme ini dek kerakusannya, sanggup menggadai bangsa dan negara demi mengejar kuasa, putar-belit, pembohong, dsbnya. DAPigs pula (apatah lagi) mengambil kesempatan dengan kehadiran orang2 seperti pm kemaruk Anwar untuk mengapi-apikan orang Cina agar membenci BN, khususnya UMNO.

    Melayu PKR dan pemimpin-pemimpin pengecut UMNO adalah sebebal dan setolol-tololnya insan sekiranya tidak menyedari hakikat ini. Melayu bakal dijajah oleh Cina seperti sejarah di bumi Singapura.

    Harap ambil perhatian.

    Ex Son of Spura

    BalasPadam