Isnin, 17 Jun 2013

Gerakan Menutup Bangkai...


Ini namanya politik menutup bangkai, menutup pekung yang busuk bernanah..! Jangan dikata orang tak ambik tindakan,, tak menjalankan kerja organisasi maka diambil la tindakan keatas satu dua ekor..
Yang gelinya tak pulak diberitahu siapa dan ahli mana yang diambil tindakan..!

KUALA LUMPUR - Gerakan memecat seorang anggotanya dan menggantung keanggotaan dua yang lain kerana melanggar peraturan, termasuk menentang calon yang dipilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn hari ini berkata keputusan itu diambil pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan semalam.


"Sebelum ini, lima anggota mengambil keputusan mengundur diri...sebabnya, ada daripada mereka bertanding sebagai calon bebas dan sesetengahnya pula menentang calon kami. Terdapat juga beberapa aduan lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sesi percambahan fikiran parti itu di ibu pejabatnya di sini.

Bagaimanapun, Chang tidak menyatakan nama tiga anggota terbabit dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap aduan lain yang diterima parti itu.



Buat ler apa korang suka..! kalau korang pun dah tak meletakkan kepercayaan kepada orang Melayu untuk mentadbir negara Melayu ini maka akde sebab pun orang Melayu nak yakin dan percaya kepada korang lagi..!

Cuba tanyakan Husni Hanadzlah di Tambun? Kenapa dia hanya mendapat 13 undi cina didalam PDM yang berjumlah hampir 2000 orang? sedangkan Husni sudah mencurahkan jutaan ringgit bantuan dan pertolongan kepada para penanam limau barli di kawasan tersebut?

Cuba  jawap kepada seluruh umat Melayu kenapa satu kawasan PDM yang mempunyai jumlah pengundi seramai hampir 1200 orang yang kesemuanya berbangsa cina gagal diraih walau 1 UNDI PUN oleh Husni Hanadzlah? 

Sedangkan di PDM tersebut ada pengundi cina yang terdiri dari para pemimpin dan ahli cawangan  MCA dan Gerakan? Kenapa semua pemimpin dan ahli cawangan MCA dan Gerakan tak mengundi Husni? tak mengundi BN? Kenapa? 

Tutup bangkai la weii..! busuk tetap berbau...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan