Selasa, 25 Jun 2013

Kenapa La Pemimpin Macam Tak Faham Faham ?


Baca dan fahami apa cina ni kata..


Tidak ramai yang tahu, sekarang ini berlaku perebutan tanah seluas 0.13 hektar, di Jalan Pasar, Kuala Lumpur antara SJKC Chin Woo dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK). Tanah tersebut adalah milik KPK bagi membina Kampung Budaya, projek Kota Warisan yang sedang rancak berjalan.

Malangnya, tanah tersebut telah digunakan oleh SJKC Chin Woo. Atas alasan mereka telah mendapat ‘kelulusan’ daripada penjajah British sejak tahun 1938 untuk menggunakan dan membangunkan tanah tersebut. KPK tidak ada hak ke atas tanah tersebut menurut Lembaga Pentadbir SJKC Chin Woo.

KPK sebaliknya berkata, tanah itu adalah miliknya berasaskan geran yang ada. KPK tidak teragak-agak membawa perkara ini ke muka pengadilan sebagai jalan penyelesaian.

Peliknya, bagaimana SJKC Chin Woo boleh menggunakan tanah tersebut tanpa kelulusan DBKL? Apakah mungkin mereka menggunakan tanah tersebut sesuka hati? Atau apakah mungkin DBKL memberikan kelulusan? Jika tidak, kenapa SJKC Chin Woo begitu berani?  

Kes yang hampir sama berlaku di Kuantan. Pada akhir tahun lalu, Gereja Katolik mencabar percubaan Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri Pahang untuk mengambil alih tanah di mana gereja St Thomas berada. Isu tanah ini timbul, apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah milik gereja Katolik, yang telah dibina sekolah St Thomas di situ.

Pihak gereja mengatakan mereka telah mendapat kelulusan sejak zaman British 1905. Kes ini mungkin sedikit berlainan, geran tanah tersebut gereja yang empunya. Pihak gereja bermatian-matian mempertahankan tanah tersebut dan membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Walaupun pada saya, sepatutnya pihak gereja menyerahkan tanah tersebut untuk pembangunan sekolah, kerana sudah banyak gereja di sekitar Kuantan berskala besar, sedangkan tidak ramai penganut Kristian di sana. Janganlah ultra kiasu. Saya difahamkan kerajaan negeri mengalah kerana tanah tersebut bukan miliknya, walaupun kerajaan negeri adalah hak jika mahukan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan sekolah. Lagi pula, gereja  dan sekolah St Thomas adalah dari kumpulan yang sama. Kenapa gereja tidak mahu mengalah?

Sama juga isu tanah di Jalan Pasar, SJKC. Pihak KPK tidak seharusnya mengalah seperti tindakan gereja tersebut. Kenapa SJKC begitu berani menceroboh tanah yang bukan miliknya? Mereka tahu kerajaan akan mengalah. Saya tidak akan membantah jika SJKC Chin Woo mahukan tanah tersebut jika mereka mengikut agenda kebangsaan.

Tetapi melihat kepada nama sekolah yang tertera di bangunan SJKC ini sudah memualkan.   Di bangunan sekolah ini tertera nama besar dalam bahasa Cina dan nama bahasa Inggeris Chin Woo School. Persoalan saya, di manakah bangunan ini berada di Malaysia atau negara China? Kenapa tidak ditulis SJKC Chin Woo dalam bahasa Melayu. Di mana langit dijunjung?

Kadangkala saya terfikir, kerajaan sudah membantu SJK dalam segala segi. Peruntukan yang diberikan sama seperti aliran sekolah yang lain, kenapa agenda negara tidak disambut? Paling kurang, daulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Cina digunakan di dalam sekolah tersebut. Kenapa perlu mencinakan semua sekali sekolah seperti ini.

Mungkin para pembaca nampak isu ini kecil, tetapi impaknya besar. Pelajar-pelajar ini tidak berasa mereka berada di Malaysia, sebuah negara yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu dan menjunjung BM sebagai bahasa kebangsaan.

Cina bentuk bagaimana yang ingin kita lahirkan? Cina yang lebih Cina daripada Cina di China? Sedangkan bahasa dialek Cina yang lain sudah kuasai seperti Kantonis dan Hokkien. Adakah wajar sehingga mereka langsung tidak boleh berbahasa Melayu hanya kerana mahukan mereka menguasai semua bahasa Cina. Cuba tanya Cina di Thailand dan Indonesia? Apakah kita akan terus melahirkan generasi yang menterbalikkan jalur gemilang

Di Singapura, bukan hendak memuji, negara ini diperintah oleh Cina. Kenapa mereka sekolah mereka tidak menjadi secina-cinanya? Kenapa di Malaysia kita mahu menjadi sedemikian cinanya. Kenapa Cina di Singapura boleh menerima Inggeris sebagai bahasa utama? Kenapa BM sukar diterima di sini?

Jawapannya, BM tidak ada nilai komersial. Mereka memandangkan rendah pada BM. Menguasai BM tidak ke mana-mana. Tidak ada nilai tambah. Hanya akan menjadi Melayu. Lebih membimbangkan jika jadi Cina seperti saya, dituduh lebih Melayu dari Melayu. Saya lebih rela menjadi lebih Melayu dari Melayu daripada menjadi secina-cinanya dalam sistem kenegaraan Melayu.  Walaupun saya tidaklah sedemikian Melayunya.

Buktinya, jangan harap Cina sama Cina bertemu mereka berbual dalam BM. Jika ada, petanda kiamat. Kecuali orang seperti kami. Itupun sudah kekok berbahasa Melayu jika bertemu Cina, kerana sosialisasi perkauman, kecuali bertemu Teo Kok Seong atau Khoo Kay Kim.

Bahasa adalah alat penyatuan. Tanpa satu bahasa sebagai bahasa negara, agak sukar untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa. Jika alasan ekonomi China semakin menguasai dunia, kenapa Singapura sendiri tidak menjadi secina-cinanya, tetapi negara kecil ini tetap maju? Mana lebih penting, bahasa atau sikap. Pandai berbagai bahasa sekalipun, tidak ada gunanya, jika sikap tidak berubah.

Justeru, sudah sampai masanya Akta Derhaka diwujudkan. Bukan sahaja derhaka kepada raja, tetapi derhaka kepada agenda negara yang termaktub dalam perlembagaan.

Berbalik kepada tanah yang digunakan SJKC China Woo, siapakah yang akan mengalah? Saya fikir para pembaca sudah dapat meneka dalam kesamaran…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan