Sejak menjawat Menteri KDN Dato Seri Zahid Hamidi telah membuka lembaran baru dalam menangani persepsi salah yang dilonggokkan oleh puak pembangkang terutama terhadap integriti pasukan Polis yang berusia lebih 200 tahun.
Diberitakan..
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu menolak dakwaan kebanyakan kematian tahanan dalam lokap berpunca daripada keganasan polis.
Sebaliknya Ahmad Zahid (BN-Bagan Datoh) menegaskan ia disebabkan oleh penyakit yang dihidapi oleh tahanan itu sendiri.
Beliau berkata mengikut rekod kematian dari tahun 2000 hingga Mei 2013 sebanyak 231 dicatatkan dan hanya dua kematian yang dicatatkan adalah berpunca daripada pihak polis.
"Bukan semua kematian dalam tahanan disebabkan keganasan polis, hanya dua kes sahaja.
"Daripada 231 kes, 196 tahanan mati akibat daripada penyakit asma, HIV dan serangan jantung," kata Ahmad Zahid menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Johari Abdul (PKR- Sungai Petani) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.
Johari meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengesan dan mendakwa anggota polis yang bertindak ganas terhadap kes-kes kematian dalam tahanan polis.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan.
“Saya hendak jelaskan di sini mengenai kematian seorang tahanan warga Jepun baru-baru ini. Dia mati kerana menggantung diri dengan baju dan sendiri. Dia bukannya mati kerana dipukul oleh mana-mana anggota polis.
“Saya minta pembangkang jangan kambing hitamkan, anggota atau pegawai kanan polis yang sebabkan kematian tahanan. Jika benar ada yang terlibat saya tidak akan berkompromi dan akan pastikan mereka yang terlibat diambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Baca kupasan menarik di justread
Lu Fikir La Sendiri!!!
Johari Abdul ni patut merasa malu kerana berprasangka buruk terhadap pihak polis. Apabila ditimpa masalah polis juga akan dia cari untuk mengadu.
BalasPadamTapi masih ramai anggota polis yang memehak pr kenapa ye? Polis .......
BalasPadam