Rabu, 13 November 2013

Apa Dah Jadi Dengan Gani Setahil?


Dah lebih seminggu berita yang berombak dipasaran masih tinggal misteri..! Kalau ada pun sedikit respond tegas marah dan beramaran yang diungkapkan oleh PM 3 hari lalu apabila mengingatkan beberapa pihak supaya jangan memperlekeh Institusi penting dalam negara.

Rasanya itu ler jawapan terhampir yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan..! namun jawapan sebenar lagi pasti dengan perincian yang teliti terus kulup dan tertutup. Masaalahnya rakyat mahukan jawapan beb..! jawapan yang menjelaskan segala perkara…! Tutup mulut dan berdiam diri bukan jawapan..!!!

Baca kupasan Dato Kadir Jasin dibawah…

Abdul Gani Patail: Kemelut Penjawat "Personal-to-Holder"


A Kadir Jasin


NAMPAKNYA satu demi satu masalah, kontroversi dan tanda tanya timbul mengenai pentadbiran negara kita.

Saya teringat kepada kata dua saya kepada seorang bekas pemimpin Pemuda Umno Perak. Ketika itu negara mula kacau-bilau di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Saya katakan kepada beliau, kalau atau apabila Allah Taala turunkan bala ke atas seseorang pemimpin, semua rakyat jelata akan menerima akibatnya.

Nampaknya bala itu berterusan. Bunuh, rompak, ragut, rogol, rasuah dan salah guna kuasa, masalah ekonomi, pengangguran dan bencana alam terus berlaku atau mungkin lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Terbaru, pegawai undang-undang nombor satu negara iaitu Peguam Negara (AG), Abdul Gani Patail, kembali menjadi bahan kontroversi apabila beliau didakwa melakukan “misconduct” (salah laku) yang merugikan negara, termasuk kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada tahun 2008. Abdul Gani menjadi AG sejak 2002.

Pada 6 November, sekonyong-konyong, portal berita Malaysiakini menyiarkan berita sensasi berdasarkan satu pertemuan yang dikatakan mengambil tempat di kediaman bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad, kira-kira tiga bulan lalu. Kalauberminat, boleh baca lanjut di sini.

Pertemuan itu dikatakan membabitkan Dr Mahathir, peguam kanan Mohd Shafee Abdullah, bekas Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Matthias Chang, dan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan, Ramli Yusuff.

Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa selain kekalahan Malaysia dalam timbang cara Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di Hague, Belanda mengenai Pulau Batu Putih, “misconduct” beliau yang lain termasuklah kes mata lebam Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Abdul Gani adalah ketua pendakwa kes liwat pertama Anwar tahun 1998.

Dalam kes mata lebam Anwar itu, pegawai penyiasatnya adalah Mat Zain. Akibatnya, bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor, didakwa mencederakan Anwar, sabit kesalahan dan dipenjarakan.

Walaupun media arus perdana pro-kerajaan mungkin tidak menyiarkan kontroversi terbaru mengenai Abdul Gani itu, tetapi ia sudah tersebar luas dan dibahaskan dengan hangat dalam media baru. Hari ini lebih banyak orang membaca dan percaya media baru.

AG Kalah Banyak Kes

Abdul Gani Menjadi AG sejak tahun 2002

Setelah gagal dalam beberapa kes besar seperti liwat kedua Anwar, kes rasuah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan (Tun) Ling Liong Sik, dan kes rasuah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kasitah Gaddam, dakwaan terbaru terhadap Abdul Gani mempunyai implikasi yang menarik.

Lebih-lebih lagi ia muncul di saat-saat beliau sedang merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap pembuangan kes liwat kedua Anwar.
Tetapi dakwaan dan tuduhan media sahaja tidak bermakna. Seperti ditegaskan oleh bekas AG, Abu Talib Othman, kepada Malaysian Insider, pihak-pihak yang mempunyai bukti perbuatan jenayah Abdul Gani “mesti bersikap bertanggungjawab dengan membuat laporan polis dan berpegang kepada tuduhan mereka.”

Kata beliau, tidak ada gunanya berhimpun di rumah seseorang dan mencaci orang lain tanpa mengambil tindakan susulan.

"Kita bercakap mengenai seorang yang memegang jawatan awam yang berpengaruh dan besar kuasanya.

“Beliau adalah ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan dan dilantik mengikut perlembagaan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri," tegas Abu Talib.

Hari ini, Malaysian Insider mengubah nada ceritanya dengan menyiarkan berita yang memetik Mat Zain sebagai berkata beliau membuat tuduhan salah laku ke atas Abdul Gani selepas kerajaan gagal bertindak terhadap akuan bersumpah (SD) beliau. SD itu mengandungi sejumlah aduan terhadap AG.

Menurut Malaysian Insider, pendedahan awal Mat Zain ketika perjumpaan di kediaman Dr Mahathir berhubung salah laku Abul Gani hanyalah dua muka surat sahaja daripada 31 muka surat dalam akuan bersumpahnya.

Mat Zain berjanji akan melakukan lebih banyak pendedahan dan tidak menolak kemungkinan mengemukakan SD itu kepada mahkamah.

“SD saya dibuat mengikut Akta Akuan Bersumpah 1960 dan ia boleh digunakan dalam mana-mana prosiding kehakiman, sama ada sivil atau jenayah. Dalam urusan itu, SD akan dikira sebagai dokumen awam.

“Kerajaan sudah menerima SD saya lebih sebulan lalu,tetapi mereka tidak bertindak terhadapnya. Mereka memilih untuk terus senyap,” katanya kepada Malaysian Insider.(Baca di sini).

Salinan SD yang difailkan pada 7 Oktober itu dihantar kepada Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, Ketua Setiausaha Negara, Dr Ali Hamsa, Peguam Cara Negara, Idris Harun dan Ketua Polis Negara, Abdul Khalid Abu Bakar.

“Dalam surat iringan, saya memberitahu mereka saya mempunyai hak untuk mengambil apa sahaja tindakan yang sesuai dengan undang-undang tanpa perlu memberitahu sesiapa.

“Saya juga memberitahu yang saya ada hak untuk mendedahkan SD kepada umum melalui mana-mana ahli Parlimen.

“Tidak terdapat tindakan daripada mana-mana pihak dan sebab itu saya dedahkan sebahagian daripada SD itu,” katanya.

Wibawa Penjawat Tertinggi Dipertikai

Episod baru membabitkan Abdul Gani ini adalah antara kemelut yang dihadapi oleh kerajaan amnya dan Mohd Najib khususnya bersabit pelantikan pegawai-pegawai teratas atau penyambungan kontrak mereka yang berulang kali setelah tempuh mereka bersara lama berlalu.

Amalan menjadikan beberapa jawatan teratas dalam Perkhidmatan Awam dan badan separa kerajaan, seperti Bank Negara, sebagai “personel-to-holder” (khas untuk penyandang) telah membawa kepada kealpaan, kelekaan dan persekongkolan di mana mereka saling lindung-melindungi.

Ada pesara yang diberi lanjutan jawatan hingga lima tahun yang tidak pernah diamalkan sebelum ini.

Turut dikhuatiri ialah penjawat seperti itu menggunakan maklumat dan rahsia kerajaan sebagai senjata, penawar dan pendinding bagi memanjangkan usia kerjaya dan melindungi mereka daripada tindakan tata-tertib dan undang-undang.

Sementara itu, akibat monopoli jawatan oleh penyandang tertentu menyebabkan proses pewarisan jawatan terbantut atau terhenti terus.

Banyak pegawai yang layak dan sampai waktu mengambil alih tidak dinaikkan pangkat atau dipindahkan ke tempat lain. Ada yang pencen tanpa sampai ke jawatan dan gred yang menjadi hak mereka. Ini adalah antara punca banyak kakitangan awam tidak puas hati terhadap kerajaan.

Wallahualam.

2 ulasan:

  1. Terlalu "playsave" la PM kita ni. Usus dah nak pecahpun, masih terkemut-kemut nak bertindak.

    BalasPadam
  2. anti-sotong-kominis-pengkhianat13 November 2013 pada 2:26 PTG

    Inilah masalah DS Ah Gib Gor kita ni. Playsave sangat. Aku masih lagi menunggu PM yang sama kaliber macam Tun M sebagai PM Malaysia.......and that person is not Bang Non Al-Jubs Wal-Liwati. Bang Non can go fly kites or counting trees....

    BalasPadam