Khamis, 28 November 2013

Apa Khabar Nik Aziz?



Bukan main sebok para pencacai pembangkang terutama para kuda belang PAS yang jelas resah gelisah dengan kunjungan hormat YAB MB Kelantan terhadap YAB PM. Malah bukan main bersilat EXCO Kelantan mengatakan bahawa kunjungan tersebut adalah antara MB sebuah kerajaan negeri dengan seorang PM yang berkuasa di Pusat. Bukannya pertemuan antara PAS dan UMNO..!

Apa masaalahnya? siapa yang sangkal pertemua dua orang eksekutif negeri dan negara tu? Apa yang cuak sangat? Jelas pun memang pertemuan tu adalah pertemua antara dua orang pemimpin PAS dan UMNO..! Apa yang seriau sangat?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.   

Tak boleh ke dia orang ni melihat pertemuan diatas tu ialah pertemuan dua orang pemimpin Islam dan Melayu..! Cuba la kita cari persamaan walaupun kita sedar bahawa terlalu luas jurang perbezaan antara dua parti ini.

Tak boleh ke kita mengurut dada lega dan berlapang dada dengan pertemuan tersebut. Tak boleh ke puak PAS ni membiarkan peristiwa diatas bisa menyebabkan tuhan politik mereka mengurut dada sakit dan terseksa melihat ukhwah dan silaturahim antara dua orang yang bersaudara seagama dan sebangsa…!!!

Berdiri la atas nama agama, bangsa dan negara..! pasti kita bersyukur dengan nikmat NYA..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Setan dan konco konconya tentu gusar gelisah bila umat Islam berbaik baik.

    BalasPadam
  2. MUZAKARAH UMNO DENGAN PAS. TIDAK ADA KEPERLUAN DAN MUNGKIN GAGAL?.

    PAS bersedia bermuzakarah dengan UMNO di dalam isu berkaitan dengan Islam. Demikian kata dan jaminan oleh Presiden PAS. Beliau memberi ucapan di dalam Mutakmar PAS 59 di Stadium Melawati, Selangor.

    Permintaan muzakarah ini pernah disuarakan oleh pemimpin UMNO banyak kali tetapi tidak dilayan oleh pemimpin PAS. PAS beranggapan UMNO terdesak kerana `perkahwinan’ PAS+DAP+PKR berjaya mengubah landskap politik negara.

    Pada pandangan penulis, melalui `perkahwinan’ mereka, PAS benar benar merasa mendapat kuasa politik dan mendapat sokongan kaum Cina Malaysia. Kaum Cina sudah tidak takut dengan Islam dan Hudud. PAS menjadi sombong dan tidak perlu pertolongan UMNO. PAS berteori yang PAS akan ganti UMNO.

    Tetapi tidak disangka langsung, Presiden PAS bersedia bermuzakarah dengan UMNO. Ada dua tiga pemimpin besar PAS yang `pantang besar’ dengan idea muzakarah apatahlagi `kerajaan perpaduan’. Mereka adalah Tok Guru Nik Aziz, Mustafa Ali dan Ustaz Ahmad Awang.

    Pemimpin UMNO menerima baik dan positif usaha muzakarah terutamanya di dalam isu kebaikan umat Islam di Malaysia. Umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi, mesti bersatu di dalam isu Fahaman Syiah dan Ajaran Sesat, mempertahankan Kalimah ALLAH, memerangi LGBT. Mengutuk Zionis yang mengganas di Palestin dan Baitul Mukadis, mempertahankan Institusi Raja dan Sultan dan lain lain yang berkaitan Islam dan Melayu.

    Kepimpinan UMNO telah meminta PAS memajukan topik topik yang hendak di `muzakarah’kan dan berharap ia mendapat maklum balas segera.

    Sejujurnya, tiada apa yang perlu di `muzakarah’kan diantara UMNO dan PAS. PAS terikat dengan DAP dan PKR di dalam isu Kalimah ALLAH dan LGBT. Mereka akan `senyap’ di dalam isu LGBT. PAS akan tidak bersetuju untuk mempertahankan Kalimah ALLAH. DAP dan PKR tidak merestui halangan murtad dikalangan umat Islam dan membuatkan PAS serba salah.

    UMNO lebih berpengalaman dan cekap di dalam urusan perbankan, pajak gadai dan Takaful Islam. Mahkamah Syariah, Hakim dan Peguam Syarie dinaik status, Bursa Malaysia sudah memperkenalkan Kaunter Syariah. UMNO dan Kerajaan telah menubuhkan Universiti dan Kolej Islam. Kelas Tahfiz dan Agama serta masjid hampir di setiap pelusuk daerah. Tabung Haji memberi subsidi dan menguruskan dengan cemerlang pemergian jemaah haji untuk mengerjakan Haji. Pusat zakat dan wakaf menjalankan tugasan dengan baik. Pembayaran zakat sudah dipermudahkan.

    Majlis Agama ditubuhkan di setiap negeri. Dakwah giat dijalankan. TV dan Radio berunsur Islam sudah beroperasi. Peluang melanjutkan pelajaran Islam terbuka luas. Tilawah AlQuran dan Majlis Maal Hijrah di adakan setiap tahun. UMNO lebih cekap sedikit didalam urusan pemilihan parti dan kurang membuat kesilapan teknikal. Pentadbiran BN senantiasa mengamalkan dasar kebajikan kepada rakyat. Pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat jelata yang layak. Bantuan Rakyat I Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Kedai Buku 1 Malaysia, Baucher Buku 1 Malaysia dan pelbagai subsidi keperluan harian.

    Penulis yakin UMNO sedang dan akan terus melaksanakan pembaikan di dalam produk dan servis Islamik di Malaysia.Apabila kesemua produk dan perkhidmatan Islam diperkenalkan dan dilaksanakan, mendapat pemahaman dan penerimaan baik kaum lain di Malaysia, agenda besar Hudud boleh dilaksanakan.

    Akhirnya, penulis katakan bahawa untuk mengagalkan muzakarah amat senang berbanding dengan hasrat untuk menjayakannya. Untuk mengagalkan muzakarah dengan hanya PAS mensyaratkan UMNO dibubar atau mengamalkan undi popular di dalam PRU14 dan seribu helah.

    Fikir fikirkan lah…

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..setidak2nya AHmad Yaakon xde lah sekeras hati spt Nik Ajis.. semoga Allah lembutkan hati pemimpin PAS supaya bertahaluf dgn UMNO demi Agama Islam dan kedaulatan bangsa dan tanah air.. iblis laknatullah dr kalangan manusia dlm Pakatan Haram akan amat gelisah dan takut bila lihat perkembangan ini.

    BalasPadam