Sabtu, 30 November 2013

Azhar Idrus Tertelan Kapur Barus?


Barisan ahli Majlis Tertinggi Umno kini lengkap dengan lantikan sembilan lagi anggota baru oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuklah pendakwah terkenal Kazim Elias.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pelantikan dibuat atas kuasa presiden parti dan ia terkandung dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.2.8.
Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka pada Jumaat dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Disember ini.
"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan," katanya.
Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik:
1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki
9. Mohammad Kazim Elias
Pada mesyuarat MT Umno baru-baru ini, Najib mengumumkan empat ahli MT tambahan iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.
Lebih 145,000 perwakilan telah memilih barisan 25 anggota MT Umno pada pemilihan 19 Oktober lalu.
Pelantikan terbaru ini menjadikan jumlah ahli MT Umno keseluruhan seramai 38 orang.
Latar belakang ahli MT yang baru
Mohamed Nazri
Nama Mohamed Nazri bukanlah asing dalam Umno kerana beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dan pernah memangku jawatan Ketua Pemuda ketika era Tan Sri Rahim Thamby Chik mengetuai pergerakan itu pada tahun 1994-1995.
Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan selepas PRU-13.
Hamzah Zainudin
Sementara itu, Hamzah Zainudin pula merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.
Mohd Sharkar
Mohd. Sharkar Shamsudin pula merupakan Adun Lanchang dan Ketua Umno Bahagian Temerloh, Pahang.
Beliau juga baru-baru ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Umno Pahang adalah juga Exco Pelancongan Negeri.
Sharkar pernah dilantik sebagai setiausaha kerja Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada tahun 1994 semasa Rahim menjadi ketua pemuda.
Raja Nong Chik
Seperti Mohamed Nazri, nama Raja Nong Chik juga tidak asing dalam politik Umno.
Beliau merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan bekas senator.
Bagaimanapun pada pilihan raya yang lalu beliau tewas kepada Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.
Irmohizam
Pelantikan Irmohizam Ibrahim pula dilihat tepat dalam usaha meremajakan parti.
Beliau merupakan pegawai khas kepada perdana menteri dan merupakan anggota Lembaga Pemegang Amanah iM4U.
Pada pilihan raya lalu, beliau menewaskan calon terkenal PAS, Dr Dzulkefli Ahmad di Parlimen Kuala Selangor.
Johari
Sementara itu, Johari Ghani pula merupakan seorang usahawan Bumiputera yang terkenal dan kini merupakan ahli Parlimen Titiwangsa dan juga Pengerusi UDA Holdings Bhd yang baru.
Beliau adalah juga Ketua Umno Bahagian Titiwangsa.
Ibrahim Abu Shah
Pelantikan Prof. Dr Ibrahim Abu Shah dilihat melengkapkan barisan kepimpinan parti kerana beliau merupakan seorang ahli akademik dan nasionalis terkenal.
Merupakan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau pernah menjawat beberapa jawatan dalam Umno termasuk menjadi pengasas dan Pengerusi Kelab Umno Carbondale, Amerika Syarikat pada 1983.
Asyraf Wajdi Dasuki
Dr Asyraf Wajdi Dasuki pula merupakan bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan baru-baru ini dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Beliau merupakan bekas pelajar terbaik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pemegang ijazah dan sarjana dalam bidang perakaunan dan juga perbankan Islam.
Asyraf adalah anak kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Datuk Dasuki Ahmad.
Mohammad Kazim
Manakala Mohammad Kazim Elias merupakan seorang tokoh agama dan penceramah terkenal di negara ini.
Pelantikannya bagaimanapun sudah pastinya mengejutkan ramai pihak termasuklah para pemerhati politik.
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Tahniah kpd Ustaz Kazim ELias (UKE).

    Kena "rewind" youtube berhubung dgn ceramah2 Ustaz.Banyak pengajaran yg baik boleh dipelajari.(Tertarik dgn perumpamaan "lampu merah,tak boleh langgar" ada mesej tersendiri.)

    Apapun saya doakan kejayaan kpd Ustaz yg dihormati.

    BalasPadam
  2. Aku tak setuju si Nazri malaun tu dilantik.Bertanding MT baru ni dia tak berani tapi dapat jadi ahli MT secara lantikan..ni jenis pondan lorong garu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib perlukan pondan tua ini sebab tu masih dilantik.

      Padam
  3. Demi kepentingan dan perkembangan Islam,dakwah adalah sesuat yg sangat di tuntu oleh Islam.Nabi melaksanakan dakwah sepanjang hayat baginda dan akhirnya Negara Islam berjaya di tegakan melalui dakwah tersebut.Politik hanya memecah belahkan umat,dan ianya hanya merupaka titisan kecil dari lautan sistem hidup Islam.Oleh itu saya berpandangan Ust Kazim tidak harus di bebankan dgn acara politik,biarkan beliau berdakwah secara bebas dan dakwah beliau yg kelihatan rasional mampu mengembalikan umat Islam supaya bersatu dan berfikiran luas tidak taksub kepada satu-satu kumpulan politik.

    BalasPadam
  4. UKE, aku lbh suka dia yg sekarang, pendakwah dan penceramah, nasihat dr luar, dr terlibat secara langsung di dlm. Bnyk ujian dan fitnahnya.

    BalasPadam
  5. Baru dilantik belum tahu lagi tugas beliau, mengapa korang pandai2 buat kesimpulan pulak, ni le Melayu, cakap pandai je tapi bangang........cakap tanpa fakta......melayu bangang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bagi dia peluang berdakwah dari dlm kita tgk siape mengelupor paneh

      Padam