Pengerusinya P Waythamoorthy berkata, beliau tidak mempunyai urusan untuk mentafsirkan sama ada tempat itu sebuah kuil atau hanya tempat pemujaan.
NONE
Setelah lama senyap, Waythamoorthy (kanan) yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Tengku Adnan juga tiada urusan untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum berkaitan agama Hindu.


"Sebagai menteri persekutuan, beliau patut hormati perasaan dan sensitiviti orang Hindu, bukan mewajarkan tindakan tidak berhati perut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Tengku Adnan semalam berkata, kerja-kerja perobohan DBKL di kuil di Jalan P Ramlee itu sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk "mencantikkan" kuil.

Beliau juga menggelar tempat itu hanya sebagai "tempat pemujaan" dan bukannya kuil.

Lu Fikir La Sendiri!!!