Selasa, 12 November 2013

Jamil Khir Akan Bertindak Walaupun Keatas Marina..!


Diharap apa yang dikata akan dikota..! Dah macam macam cerita sebenarnya si Marina ni lakukan..! Baca sini. sini. dan sini. Diharap ketegasan dalam mendaulatkan agama tetap diutama dan didahulukan..!!!


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Kerajaan memberi jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Sambil menyifatkan tuntutan Comango sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam masa sama, beliau turut mengesahkan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) bersekongkol dengan Comango antaranya bagi menuntut kebebasan murtad; orientasi seks; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama.

"Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama jabatan agama negeri serta agensi penguat kuasa lain akan bersama-sama mengatur langkah dan strategi bagi mencegah aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam daripada berleluasa.

"Pemantauan terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dengan pemikiran menyeleweng dan terkeluar daripada syariat Islam ini akan dimantapkan," katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Tun Mahadzir dah nasihat tetapi dasar anak derhaka, lebih pentingkan komuniti dari perasaan ibu bapa. Eloklah diambil tindakan.

    BalasPadam
  2. Jangan letak Nama Binti Tun Dr Mahathir...anak derhaka...!

    BalasPadam
  3. Dasar melayu puaka. Dia ni sepusat sepusing dengan anak puaka Bang Non kita tu. Semua tu pendokong tegar LGBT warisan kaum Nabi Lut yang dilaknatkan oleh Allah SWT.

    BalasPadam