Sabtu, 31 Mei 2014

Pesanan Untuk Dr Mah..!


Pesanan untuk Dr Mah yang baru menang kerusi Parlimen Teluk Intan, untuk parti komponen BN selain UMNO, untuk orang bukan Melayu dan Bumiputera..!

BN MENANG : SARANAN GAP KEPADA MAH SIEW KEONG..


bn dah menang.

keputusan ini adalah upset untuk dap.
nanti aku kupas...

kita menang kerana melayu dah semakin berkeputusan ampuh, hidup mati melayu mahu menghapuskan dap yang terang-terang mahu menghapuskan semua hak islam dan melayu.

retaliasi atau tindakbalas melayu, lagi ditekan lagi kuatlah melayu.

signal ini penting. 

aku cukup berkeakinan melayu dan india semakin datang ke bn.

jangan cuai dan silap dalam menjaga KEPERCAYAAN MEREKA KEPADA KITA.

saranan aku kepada ahli parlimen telok intan yang baru.
dan bergelar ahli parlimen..

JANGAN USIK HAK MELAYU.
JANGAN SENADA DENGAN SUARA YANG CUBA MERUBAH STATUS QUO.
JANGAN HINA ISLAM.
JANGAN HINA HUDUD.
JANGAN SAKITKAN HATI MELAYU..

tahniah..

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sumber GAP gerakan-anti-pkr.

PRK Teluk Intan ~ BN Menang..!



Persaingan sengit di dalam PRK Teluk Intan..! satu ketika majoriti sebesar 2000 undi hingga la sekecil kecil nya sebanyak 25 undi..!

Namun setelah undian penuh dikira maka keputusannya memihak kepada calon BN.

BN 20,157
DAP 19,919

Namun setakat jam ini ianya masih keputusan tidak rasmi…!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Jumaat, 30 Mei 2014

Harami... Itu Pasal Haram..!


Kalau umat Islam semuanya taat akan perintah syariah maka isu halal haram dalam makanan ini tidak lagi menjadi persoalan..! Tapi apabila ada umat Islam yang boleh dibeli dengan menghalalkan yang haram maka isu ini pasti akan terus berulang..! sebab? sebab yang berkuasa tu harami @ haram jaddah..!!!

KUALA TERENGGANU - Persoalan produk halal dan haram seolah-olah dipandang remeh sesetengah pengilang sebagaimana ditetapkan di dalam Akta Makanan 1983.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia cawangan Terengganu (DPIMT), Datuk Dr Abd Latiff Awang berkata, sensitiviti umat Islam tidak lagi dihormati dan ia merupakan perbuatan yang menghina kedudukan Islam dalam perlembagaan.

Menurutnya, meskipun ada agensi dipertanggungjawabkan untuk mengurus, memantau serta mengeluarkan sijil halal kepada produk dan pengeluarnya, malangnya mereka seperti sekadar melepaskan batok di tangga.

“Sehubungan itu, DPIMT dalam mesyuarat agung di Dewan Konvensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan, baru-baru ini meluluskan usul untuk memperkasa dan memperbaiki kelemahan serta penguatkuasaan sedia ada agar pematuhan terhadap garis panduan halal berjalan dengan sempurna.

“Kita turut mengusulkan agar mewujudkan satu jawatankuasa audit peringkat kebangsaan dianggotai ahli pakar syariah dan profesional yang berwibawa serta berintegriti.

“Tindakan tegas terhadap pengilang juga perlu diambil dengan menggantung atau membatalkan lesen mereka, selain hukuman tegas terhadap pegawai yang menyalahgunakan kuasa, jika sabit kesalahan,” katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Cina Ni Pecahkan Rahsia Pelacur..!


Pelacur dan melacur..! Menggadai maruah dan menjual kehormatan diri demi nikmat yang sementara..! Lebih jijik dari seorang pelacur ialah pelacur politik yang melacur diri, agama, bangsa dan negara nya demi kenikmatan tuhan politiknya DAPig..!

Layan…

Artikel khas PRK Teluk Intan

Calon gadis Melayu muda bujang parti ultra kiasu PRK Parlimen Teluk Intan, begitu ghairah untuk bertanding setelah ditawarkan. Beliau dengan megah berkata untuk memecahkan tembok perkauman, mewakili parti ultra kiasu. Mampukah? Berapa lama sudah berpolitik? Fahamkah sepak terajang politik? Benarkah ultra kiasu parti semua kaum? Cermin diri, lihatlah sekeliling. Percayalah, kamu sedang diperalatkan.

Jika terlalu benci pun dengan UMNO, masuk PAS, PAS for all lah katakan, tetapi bukan ultra kiasu. Peliknya kenapa ibu bapanya yang begitu lama berjuang dalam politik Melayu, tidak menasihati anaknya itu, malah memberikan sokongan padu kepada beliau? Mahu tumpang semangkok bila menang nanti?

Saya sangat kasihan melihat Melayu ini. Saya yakin, beliau sedar beliau sedang diperalatkan. Beliau tahu, dengan adanya Melayu seorang dua di situ, peluang untuk dicalonkan dalam pilihan raya adalah tinggi. Itulah antara strategik licik ultra kiasu.

Perangkap ultra kiasu mengena. Berjaya memanipulasikan keadaan. Justeru, saya yang pernah bersekolah dan tinggal di Teluk Intan, mengajak semua pengundi di sana, agar dapat merenung sejenak sebelum mengundi calon Melayu ultra kiasu atas beberapa alasan.

Pertama, parti ultra kiasu bukan parti pelbagai kaum. Tetapi parti rasis Cina sejak dahulu lagi. Wajah-wajah bukan Cina yang ada di situ hanyalah tempelan semata-mata, bagi menutup tembelang mereka. Maka tidak hairan, mereka bermatian-matian untuk memancing anak-anak Melayu menyertai parti perkauman ini.

Ultra kiasu mahu memecahkan tembok perkauman, tetapi mereka tidak pernah menjunjung agenda kebangsaan yang beridentitikan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Misalnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lihatlah papan-papan tanda di Pulau Pinang, seolah-olah sudah menjadi Hong Kong. Terlalu kecinaan.

Begitu juga dengan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, raja-raja Melayu, agama Islam, sekolah kebangsaan dan lain-lain lagi. Mereka tidak pernah mengiktiraf. Ultra kiasu mahu mewujudkan negara republik. Sama rata sama rasa. Sebab itu, sejak dahulu lagi mereka menentang agenda kebangsaan ini. Caranya dengan menyalahkan UMNO yang dituduh rasis untuk menyembunyikan identiti mereka yang sebenar yang lebih rasis. Tanyalah bekas pemimpin-pemimpin Melayu yang telah keluar daripada parti ini.

Kedua, perjuangan ultra kiasu adalah Malaysian Malaysia, sama rata sama rasa. Mana ada negara-negara di dunia mempraktikkan dasar sebegini? Mesti adalah sedikit kelebihan kepada peribumi, kerana setiap bumi yang dipijak ada penunggu bangsanya. Melayu-Tanah Melayu, British-Britain, Cina-China, Siam-Thai, Jepun-Jepun dan lain-lain. Tidak hairanlah jika bangsa dan agama negara mereka diberikan sedikit keistimewaan.

Baca kenyataan Perdana Menteri Britain, David Cameron, pada 24 April 2014. Secara tegas beliau berkata, “Britain adalah negara Kristian”. Agama Kristian sudah tentu mempunyai lebih hak daripada agama lain. Untuk makluman, populasi agama di Britain adalah, Kristian 59.5%, tiada agama 25.7%, agama tidak tercatat 7.2%, Islam 4.4% dan lain-lain 3.2%. Peratusan pecahan agamanya hampir sama seperti Malaysia, Melayu Islam 55% (+ bumiputera 65%), Cina 25%, India 7% dan lain-lain. Jika Britain boleh isytihar mereka negara Kristian dengan populasi sedemikian, kenapa kita tidak boleh?

Bila Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam suatu ketika dahulu, yang paling kuat menentang adalah ultra kiasu. Inilah juga pendirian gadis itu? PAS beranggapan pendirian ini tidak salah, kerana adalah sesuatu yang lumrah, ahli parti akan menjunjung agenda parti. Tetapi PAS perlu ingat, ultra kiasu adalah parti yang lantang menentang Islam.

Ketiga, setakat ini, boleh dikatakan tidak ada orang Islam yang faham Islam menyertai parti ultra kiasu ini, termasuk gadis bertudung. Semua yang menyertai parti ultra kiasu adalah kalangan yang jahil agama. Tanyalah Melayu ultra kiasu yang telah insaf dan isytihar keluar parti.

Ultra kiasu tahu, mereka akan menghadapi masalah jika menerima ahli yang faham Islam.

Justeru, saya tidak terkejut jika gadis ini dikaitkan pakaian bikini, walaupun dinafikan. Perkara seumpama ini tidak mustahil berlaku bagi mereka yang menyertai parti ultra kiasu. Orang sebeginilah sebenar yang dicari.

Beberapa pemimpin Melayu ultra kiasu yang saya kenali secara dekat, tidak pernah sembahyang, apatah lagi beramal dengan Islam. Jiwa Melayu Islam telah mati. Inilah Melayu yang ditonjolkan ultra kiasu untuk memusnahkan dan menghancurkan Melayu Islam.

Ada yang mencadangkan supaya dibuat kajian kenapa anak Melayu boleh menyertai ultra kiasu. Sama juga masalah Melayu masuk Kristian. Pada saya, kajian sebegini tidak perlu dibuat. Buang masa dan buang duit.

Lebih baik kajian sebaliknya dibuat yakni, menjurus kepada kenapa orang Melayu zaman dahulu, bersekolah Inggeris (Sekolah Missionari Kristian), berseluar pendek dan berskirt, pegangan agama tidaklah sekuat seperti orang PAS pada hari ini, persekitaran tidak berapa Islamik, pengaruh Kristian begitu kuat di sekolah dan lain-lain,  tidak ada kedengaran anak Melayu masuk Kristian atau menyertai ultra kiasu?

Jawapan sementara saya adalah, ketika itu orang Melayu berpegang kuat kepada adat budaya bersendikan Islam. Identiti ini begitu kuat mengikat. Pegangan inilah yang menjadikan mereka kuat dan tidak mudah terpengaruh walaupun dugaan dan ujian persekitarannya begitu mencabar.

Hari ini, semua identiti ini sudah tercabut. Walaupun generasi hari ini kononnya hidup dalam persekitaran boleh dikatakan Islamik, kehidupan mereka sudah tidak seperti Melayu. Tetapi sudah menjadi orang barat, malah ada yang lebih barat dari barat dalam cara hidupnya.

Saya rasa inilah proses inilah yang sedang berlaku kepada anak muda Melayu hari ini, termasuk calon Melayu ultra kiasu ini. Adat budaya dan agama tidak lagi mengikat. Sebab itulah, ultra kiasu begitu kuat memperjuangkan hak asasi manusia, agar Melayu tidak lagi bersendikan adat budaya dan agama, tetapi menjadi moden seperti mereka.

Keempat, cuba perhatikan, seperti mana yang dipesankan oleh ibu calon Melayu ultra kiasu ini, jangan lupa solat dan bersolat sebelum berkempen. Alangkah indahnya jika suruhan ini diamalkan. Tunjukkan kepada ultra kiasu bahawa kamu adalah Muslim beriman dan yang beramal. Lakukan amar makruf nahi mungkar dalam parti ultra kiasu. Saya yakin, beliau tidak akan berani melakukannya, kerana pasti ultra kiasu akan menendang gadis Melayu ini keluar.

Jangan hanya berselendang masuk berkempen di kawasan Melayu Islam dan membogelkan kepala di kawasan bukan Islam. Islam apa ini? Islam kapal selam? Saya tidak nafikan ada pemimpin UMNO pun sebegitu.  

Kelima, kenapa ultra kiasu ini amat berminat meletakkan  budak Melayu dalam PRK kali ini, sedangkan ramai lagi calon Cina yang berkelayakan. Jawapannya, kerana gadis ultra kiasu berani mempertikaikan kedudukan UiTM, tempat dia belajar dahulu sehingga menjadi peguam. Beliau sanggup gigit tuan, seperti melepaskan anjing tersepit.

Kenapa tidak mempertikaikan universiti yang amat jelas berasaskan kaum seperti universiti yang dipunyai oleh Dong Jiao Zong, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain? Adakah universiti ini untuk semua kaum seperti yang dicanangkan oleh ultra kiasu? Inilah Melayu tiada identiti yang dicari ultra kiasu.

Keenam, awal-awal lagi parti dan calon ultra kiasu ini secara terang menyatakan pendirian akan menentang undang-undang Islam (hudud) yang akan dilaksanakan oleh PAS. Saya tidak kisah jika kenyataan ini keluar daripada ultra kiasu kafir. Tetapi gadis Melayu jahil ini juga begitu berani berkata sedemikian. Apa yang dia tahu tentang hudud? Berapa juzuk Quran yang dihafal? Berapa ayat yang difahami? Peliknya, kenapa PAS begitu beriya-iya berkempen orang yang menentang matlamatnya?

Sejarah membuktikan, sejak dahulu lagi, ultra kiasu langsung tidak ada rasa hormat dengan Islam selaku agama negara dan majoriti Melayu negara ini. Dalam perisytiharan Setapak, 29 Julai 1967, ultra kiasu berjanji akan berpegang kuat kepada fahaman sosialis. Maka tidak hairan, pada Ogos 1966, ultra kiasu menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa, Zurich, Switzerland. Saya ingin bertanya PAS, kenapa tidak mengkafirkan Melayu dalam parti ini? Kenapa UMNO yang dijadikan sasaran untuk dikafirkan. Yang jelas kafir, tidak dikafir. Yang tidak kafir dikafirkan. Adakah ini wajar?

Ketujuh, yakinlah, jika gadis ini menang dalam PRK Teluk Intan, beliau akan menjadi alat ultra kiasu. Wakil ultra kiasu kafir tidak perlu lagi menentang agenda Islam di parlimen, kerana wakil Melayunya telah ada. Beliaulah yang akan menjadi paling lantang menentang hudud PAS yang akan dibentangkan di Parlimen. Apakah wajar PAS begitu ghairah untuk mengundi calon ini.

Saya harap pengundi-pengundi Islam tempat saya bersekolah, dapat membuka mata. Ingatan saya kepada pengundi PAS, menang atau kalah, BN tetap memerintah. Jangan korbankan prinsip semata-mata nak menjaga rakan sepakatan walaupun amat jelas mereka ultra kiasu, musuh Islam. Apakah PAS masih mahu bertahaluf siyasi, tidak salah mengundi gadis yang tidak berkelubung ini, yang secara jelas menentang agenda PAS sendiri? Apakah PAS akan memberi alasan untuk berdakwah kepada gadis ini? Atau mungkin ada teringin untuk mengoratnya bagi dijadikan isteri. Sama-sama kita lihat.

Khamis, 29 Mei 2014

MH 370 ~ Bodoh Lagi Membodohkan..!

































Apa cerita ni..!

Macam cerita main main pulak..! habis yang selama ni sampai hampir 30 negara terlibat ni buat apa? buat bodoh? atau semuanya kena bodoh? siapa yang membodohkan ni..!!!

Masa, tenaga dan wang ringgit berbilion dah terbuang..! bagaimana dengan hati dan perasaan waris mangsa..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

MH370 bukan berakhir di kawasan carian sekarang
29 MEI: Selepas menelan kos berbilion ringgit dan melibatkan banyak aset canggih dengan teknologi terkini dari pelbagai negara, kawasan laut dalam di selatan Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MMH370 akhirnya pada Khamis diisytiharkan sebagai bukan kawasan pesawat berkenaan berakhir dan hilang.
Pengesahan berkenaan diumumkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan perkiraan profesional agensi penyelaras Australia itu selepas kapal selam mini tanpa pemandu Bluefin-21 selesai melaksanakan misi selaman terakhirnya bagi mencari MH370 semalam (Rabu).
“Petang semalam, Bluefin-21 telah menyelesaikan misi selaman terakhir dalam had kedalaman operasi mencarinya di sekitar kawasan terakhir isyarat akustik (ping) dikesan pada awal bulan April lalu oleh alat penjejak ping yang ditunda menggunakan kapal ADV Ocean Shield.
“Setelah data yang dikumpul dalam misi selaman terakhir semalam itu dianalisis, hasilnya Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) ini boleh memberi nasihat bahawa tiada tanda-tanda serpihan pesawat telah dijumpai oleh kapal selam mini berkenaan.
“Sejak ia menyertai usaha pencarian Bluefin-21 telah terlibat dalam misi carian yang dilakukan dengan teliti di lebih daripada 850 kilometer persegi kawasan dasar laut dan tidak menemui sebarang mencari tanda-tanda serpihan pesawat yang hilang.
MH370 Bukan Di sini
“Dengan itu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memaklumkan bahawa pencarian di sekitar kawasan isyarat akuistik dikesan kini boleh dianggap selesai, dan pada pertimbangan profesionalnya kawasan berkenaan boleh disimpulkan sebagai bukan lokasi penerbangan MH370 berakhir,” kata JACC dalam kenyataan bertarikh hari ini yang turut dilampirkan di sini.

Empat isyarat yang dikaitkan dengan penggera pesawat tersebut sebelum ini telah dikesan oleh kapal Tentera Laut DiRaja Australia, Ocean Shield yang menggunakan kelengkapan dari Amerika Syarikat.
Dua daripadanya dikatakan begitu konsisten dengan isyarat perakam data penerbangan dan kokpit pesawat (kotak hitam).
Sehubungan itu, kata JACC lagi, misi pencarian kini akan memasuki fasa baru dengan semua data penerbangan  akan dikaji semula dan pemetaan dasar laut dalam jangkauan penerbanngan MH370 akan dilakukan secara komprehensif.
“Adalah dijangka bahawa komponen fasa carian baru itu akan bermula pada bulan Ogos dan mengambil masa sehingga 12 bulan.
“ATSB akan membuat pembukaan tawaran tender secara rasmi dalam waktu terdekat bagi mencari pihak yang berkemampuan menggalas operasi carian bawah air (di dasar laut) ini.
“Satu kontraktor utama tunggal akan dipilih dan ia bertanggungjawab menyediakan kepakaran, peralatan dan kapal bagi menjalankan carian.
“Penawaran tender berkenaan akan dibuat menggunakan sistem tender kerajaan Australia yang dinamakan AusTender dan diurus secara online melalui laman www.tenders.gov.au,” jelas JACC.
Penerbangan MH370 sepatutnya dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Kurang sejam selepas berlepas, pesawat itu dilaporkan hilang dan pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Baru-baru ini, satu laporan awal mengenai insiden kehilangan MH370 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.
Ia antara lain mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, senarai kargo dan senarai penumpang pesawat itu, telah dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada awal bulan ini.
Terbaru, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan kerjasama firma satelit United Kingdoom, Inmarsat, telah mendedahkan data satelit mentah yang belum diproses kepada umum, khususnya waris anak kapal serta penumpang MH370 setelah didesak agar bersikap telus.-bnbbc.my
Statement JACC sahkan MH370 tiada di kwsn carian

DAULAT TUANKU ~ DYMM Raja Nazrin Sultan Perak Ke 35


DAULAT TUANKU..! 
DAULAT TUANKU..! 
DAULAT TUANKU..!

KUALA KANGSAR: Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.

Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14 petang tadi


Pengumuman perlantikan dibuat oleh Orang Kaya Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin. 

Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat.

Sultan Dr Nazrin Shah, 58, kemudian meletakkan tangan kanan baginda atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman. 

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja. 

Bedilan itu bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah. 


BIODATA: Raja Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah


  • Diputerakan pada 27 November 1956
  • Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
  • Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
  • Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007
  • Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah

Pendidikan

  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979)
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)

Khidmat

  • Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989
  • Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005
  • Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Lu Fikir La Sendiri!!!

Johor Bakal Tuntut Kembali Pulau Batu Puteh..!


Daulat Tuanku..!

Semoga ada tindakan susulan dari kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Pusat..!

Kita bukan minta yang bukan bukan..! kita cuma mahu mengambil hak kita yang telah dirampas..!!!

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor diminta menubuhkan satu pasukan khas bagi membuat rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan tuntutan itu bagi terus mengekalkan pulau tersebut milik Johor.

Titahnya sempena pembukaan penggal persidangan kedua dewan negeri Johor yang ke-13, di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.

Tak susah kan..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rombakan Para Penyamun..!


Bagus la kalau berani ambil tindakan..! buat la perubahan..! takkan kita tak sedar mereka yang menyamun ni boleh tinggal di bunglow, kereta berkilat kilat, anak sekolah antarabangsa, harta bersusun susun, duit berkepok kepok..!

Semuanya boleh dilihat dengan mata, dengar dengan telinga serta boleh diambil tindakan dengan tanggungjawab dan amanah yang terpahat di dada dan kepala..! tapi kalau kita pun 2x5..! habuk depan mata pun boleh jadi gurun..! berdebu dan berpasir..! sebab apa? sebab kita pun masyukkk! kita pun sama penyamun..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Agensi-agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab memantau subsidi diesel perlu dirombak secara besar-besaran dalam usaha membanteras penyeludupan diesel ke negara jiran, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed. 

Nur Jazlan berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada pengurusan tertinggi agensi-agensi berkenaan dan pembaziran wang rakyat perlu dihentikan segera. 

"Jenayah ini bukan baharu dan melihat daripada statistik yang dikeluarkan SPRM, penguatkuasaan dijalankan sejak lima tahun lalu, tetapi kegiatan penyeludupan terus berlaku," katanya dalam satu kenyataan malam Rabu. 

Beliau berkata kerajaan perlu memikirkan mekanisme baru dalam membanteras gejala itu termasuk mewajibkan semua pegawai dan kakitangan agensi penguatkuasaan mengisytiharkan harta mereka secara berkala. 

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu atau Perdasama Datuk Moehamad Izat Emir berkata perubahan harus dilakukan supaya struktur ekonomi ditingkatkan setimpal dengan perubahan taraf hidup semasa khususnya kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan layak. 

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel kerana berlaku banyak ketirisan yang merugikan negara.

Binatang Bangsat Biadap..!


Lagi…



Maknanya…

translation: damn it..why he died all the tv pray for him.if najib and rosmah died all malaysia tv channel will pray for 3 days is it? if yes,i hope that day come as soon as possible, and i will join to pray too.

Lagi


MCMC buat la kerja..! jangan makan gaji buta ajer..! 

Kebiadapan dan kekurangajaran ini berlaku kerana sikap kamu di MCMC/SKMM dan pihak berwajib yang bacul mengambil tindakan tegas..! Keberanian dan ketegasan perlu..! Ianya juga asas kepada pemerintahan yang bijaksana..!

Jangan sampai rakyat mengambil tindakan sendiri!!! Apakah itu yang pihak diatas tu mahu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 28 Mei 2014

Hanya Raja Memakamkan Raja ~ Al Fatihah..!


Al Fatihah..!

Semoga Roh Baginda Tuanku ditempatkan disisi roh para solehin..amin.

IPOH: Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok (Khamis).

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat pada Rabu.

Beliau berkata satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak akan diadakan lewat petang ini bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya.

Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.

Ayob berkata istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Boneka DAPig..!


Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama lama tergadai maruah diri..!

Kalau masih ada maruah la..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 27 Mei 2014

Penyamun Tarbus Di Bank Rakyat..!


Siapa samun siapa?

Dah berapa ramai penyamun dalam negara ni?

SPRM kena siasat penyamun penyamun ni walaupun dia seorang Menteri..!

Jangan sampai para penyamun ni merosakkan nama baik Bank Rakyat..!

Baca lanjut di justread-disini

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 26 Mei 2014

Cina Ni Dedahkan Siapa Musuh Islam..!


Cer citer..


Krisis identiti dan ultra kiasu


(Sinar Harian 26.5.14)

Editor kanan, akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris dalam ruangan pojoknya minggu lalu, menuduh saya mengalami krisis identiti kerana selalu bercakap bagi pihak orang Melayu dan mempertahankan Melayu. Sejak dahulu saya jelaskan, saya mempertahankan agama Islam yang dianuti oleh ‘semua’ orang Melayu. Jika orang Melayu, tidak beragama Islam, lantaklah. Neraca saya, bercakap benar.

Hari ini, sama ada kita setuju atau tidak, agama Islam sedang diancam, menjadi tanggungjawab kita untuk membelanya. Saya pernah jadi bukan Islam, saya tahu perancangan busuk segelintir mereka, walaupun mungkin sahabat seIslam saya tidak bersetuju. Saya hormati perbezaan pandangan ini.

Ternyata, editor ultra kiasu tersebut tidak mengenali saya dan tidak membaca sepenuhnya artikel saya. Beliau hanya membaca artikel saya yang telah diputar belitkan atau dimanipulasikan web ultra kiasu. Saya tidak salah beliau, kerana mungkin orang kampung halamannya di Kuah, Langkawi tidak mengajar beliau sejarah Tanah Melayu yang dihuni orang Melayu yang dihijrahi keluarganya.

Beliau mengambil contoh kedudukan masjid bersebelahan dengan tokong, gereja dan kuil sudah melambangkan perpaduan kaum. Nampak sangar cetek pemikirannya. Rugi sungguh akhbar Inggeris ini menggaji beliau. Jika beliau menuduh artikel saya memalukan Malaysia, saya pula boleh berkata pengalaman puluhan menjadi wartawan tidak menampakkan keintelektualannya.

Lokasi rumah ibadat bersebelahan, belum tentu menandakan masyarakat kita hidup harmoni, jika mereka buta dan jahil sejarah. Apa guna duduk dekat, jika penuh syak wasangka. Inilah yang sedang berlaku.

Ibubapanya yang makan pakai tangan seperti Melayu, itupun bukan petanda bahawa perpaduan telah tercapai. Soal lebih penting adalah soal hati, ultra kiasu atau tidak.  

Saya tidak nafikan negara ini sudah berbilang sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Tetapi apa yang menyebabkan ia menjadi berbilang kaum mesti juga diketahui. Mesti ada penghijrahannya. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan, Ini bukan krisis identiti. Ini bukti. Justeru, iktiraf hak penduduk asal.

Mengambil contoh terhadap Chong Wei vs Lin Dan, adalah contoh yang naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia. Kedua-dua adalah Cina. Sudah tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China. Itu pun tidak semua. Katakan, Chong Wei vs Misbun atau Lin Dan vs Misbun atau Lin Dan vs Taufik Hidayat (Indon). Ketika itu, siapakah yang akan kita sokong? Justeru, tidak perlulah beliau berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia, tetapi mengundi ultra kiasu.

Mengenai sumbangan cukai pendapatan. Saya memasukkan GLC itu mewakili Melayu (Islam) kerana majoritinya diuruskan oleh orang Islam dan  negara ini ditadbirkan oleh orang Islam serta hasil bumi ini datang daripada bumi Melayu, bukan bumi lain. Bukan saya tidak tahu membezakannya. Saya cabar beliau kemukakan data-data siapakah penyumbang cukai terbesar di negara ini, jika pendapat saya tidak betul.

Lagipun cukai individu mereka yang bekerja dengan kerajaan lebih telus, kerana tidak berlaku penipuan berbanding dengan cukai yang dibayar oleh badan swasta. Jika tidak percaya, tanya syarikat yang mengauditkan kedudukan kewangan syarikat ultra kiasu setiap tahun?

Syarikat audit ultra kiasu satu hal lain pulak. Berdasarkan aduan yang saya terima, orang Melayu yang membuat latihan belajar (latihan industri) di sana, hanya diberikan kerja-kerja kerani seperti menyusun fail, photostate dan kerja-kerja ‘sampah’. Pelajar Melayu tidak diajarkan dengan kerja-kerja akaun yang sebenar. Ini tidak termasuk orang Islam yang tidak dibenarkan solat harian (jumaat), kerana dikatakan membuang masa dan merugikan syarikat.

Akhirnya, saya ingin memetik komen Ana Muslim dalam blog saya

“Melayu memang baik, baik dalam serba serbi, tak akan jumpa dalam dunia ini bangsa yang sebaik bangsa Melayu. Dalam pertubuhan politik pula anda tak akan jumpa dalam dunia ini sebuah parti politik sebaik parti Umno, saya berani kata sampai kiamat pun anda tak akan jumpa. Cuba tengok Umno, walau pun MCA itu kalah kerana ditolak oleh bangsa Cina yang cuba diwakili oleh MCA pada PRU 12 dan PRU 13 tetapi Umno sanggup “menebal muka” menyembah MCA merayu supaya MCA menyertai kabinet. Mana mahu cari itu macam punya hemoi beb...Agak-agak kamulah kalau BN itu diterajui oleh MCA dan Umno pula kalah KO dalam PRU, adakah MCA nak sembah Umno merayu supaya Umno masuk kabinet? Jawablah siapa yang tahu akan jawapannya...”
Apapun saya bersetuju dengan pendapat editor tersebut, bahawa bukan Melayu mesti berusaha untuk bertutur dalam BM sebagai bahasa perpaduan. Begitu juga penghargaan beliau kepada negara ini yang dipimpin oleh orang Melayu dan guru-guru Melayu yang telah mendidiknya menjadi manusia berguna.

Persoalannya, adakah perkara ini dihargai ultra kiasu? Kenapa mereka ingin membina negara dalam negara, tanpa mahu mendaulatkan agenda negara?