MAZA-Kristian dekat IslamKadang-kadang kita hairan, orang yang kononnya sudah mengaji tinggi-tinggi tapi tidak menunjukkan keilmuan yang sepatutnya telah beliau perolehi. Sebab itulah adanya kaedah-kaedah tertentu serta syarat-syaratnya untuk seseorang itu berijtihad. Bukan setakat mengaji satu bidang sahaja sudah boleh kita menjadi pakar untuk semua bidang.
Kalau kita ke Institut Jantung Negara, saya yakin tidak ada seorang pun daripada kita akan mengizin seorang doktor pakar kulit untuk membedah kita. Dan IJN pun pasti tidak akan membuat polisi gila sedemikian.
Sebab itu saya hairan Asri, mantan mufti Perlis, sama ada tidak faham tentang sesuatu isu dan sembrono membuat kenyataan atau beliau terasa sudah terlalu pandai?
Dalam komen terbaru beliau merujuk kepada Seminar Kristologi dan Kalimah Allah Nusantara di UiTM yang diadakan minggu lepas beliau seolah-olah mengecam penganjuran program sedemikian.
Beliau mengatakan:
Islam tidak ditindas di Malaysia
Janganlah terkejut kalau ada orang yang mengajak masuk Kristian.
Bila masa kita kata Islam ditindas di Malaysia? Dia baca dan faham atau tidak apa yang kami suarakan? Dan siapa kata kita terkejut dengan orang Kristian hendak dakyah orang Islam? Kita telah diperingatkan oleh Allah s.w.t. bahawa orang Yahudi dan Nasrani SENTIASA dan SAMPAI BILA-BILA akan bersungguh menyesatkan kita. Kita tahu pelampau Kristian ini akan sentiasa merancang, Allah sudah firmankan.
Asri sebaliknya mengatakan bahawa orang-orang Kristian ini amat dekat dengan orang Islam:
“Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian,"
Saya tidak pasti dari mana sumber pendapatnya sebab TMI tidak lapor. Saya agak dia maksudkan itu diambil dari ayat Al-Maaidah:82. Dan ayat inilah juga ramai yang suka bangkitkan apabila saya menceritakan tentang ancaman dari ayat Al Baqarah:120.
Kalaulah dia nak guna ayat Al Maaidah:82, takkanlah dah mengaji tinggi pun tidak tahu kisah sebalik ayat tersebut. (baca kiriman saya sebelum ini: Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?))
Ayat tersebut merujuk kepada baginda Raja Najasi Habshah. Saya petik sebahagian yang telah saya sebut itu:
Inilah perbezaannya dengan Baginda golongan Nasrani yang amat dekat sekali mesranya dengan orang-orang Islam bukannya puak-puak pengganas evangelis yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat Islam. Malah kita baca sekurangnya 17 kali sehari tentang golongan sesat ini dengan meminta perlindungan dari Allah s.w.t.
MAZA-Allah-lagunegeriDia hendak tunjuk dia pandai berhujah. Tapi dia berhujah di luar konteks. Dia hendak perlihatkan kehebatan untuk qias. Tetapi itu qias maalfariq (kiasan yang tidak kena).
Sebab itu apabila isu kalimah Allah dulu dia pun ingin tunjuk kehebatannya untuk membolehkan pelampau Kristian guna kalimah Allah maka dia kata bagaimana orang bukan Islam hendak menyanyikan lagu negeri kerana, kata Asri, "jika non-muslims sama sekali tidak dibenarkan menyebut ... Tuhan Allah ..."
Payahlah macam ini. Isu asas pun dia tidak faham. Menyebut ada bezanya dengan mengguna untuk ajaran agama mereka. Contoh, kalau si-Kristian ada kawan yang bernama Abdullah, kita tidak larang beliau untuk berterusan panggil kawannya "Abdullah". Takkan kita nak suruh si-Kristian panggil kawannya dengan "Abdul Tuhan"?
Enakmen-Selangor-1988-9-1Asri hendak mengeluarkan pendapat, dia tidak rujuk larangan yang dibuat. Bacalah dulu enakmen yang melarang tu. Apa yang disebut dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Negeri Selangor AMAT jelas, terutama dalam perkara 9.
Asri turut mengatakan:
“Janganlah kita berlebih sangat. Ada NGO tertentu yang nak promosi NGO mereka, berlebihan sangat.
Saya bimbang jika ianya kata dulang paku serpih.
Cuma saya masih mengharapkan mungkin pelapor berita di TMI tersebut, Hasbullah Awang Chik, tersalah dengar atau tersalah lapor.