Jumaat, 11 Februari 2011

Siapa Budak Zafrul Ni?



Ini gua copy dari sahabat GAP..


patutlah zafrul ceo maybank investment kritik isa samad/felda..
nak tau kenapa ?
bro,
zafrul ni pun was at places like ecm libra, citibank, maybank not because hes a genius. He's there because of his mom Raja Zaharaton ex KSU EPU.

Kalau bukan mak dia, zafrul is nothing!
Cakap orang konon. Dasar si tenggang!

Nonpartisan1973

EX ECM LIBRA RUPANYA.
PAKAI KABEL RUPANYA..mmmm

Sahabat theunspinners juga ada maklumat tambahan...katanya


Tengku Dato Zafrul pernah terlibat dalam usaha untuk menyenaraikan Felda Holdings pada tahun 2003 semasa dia di"letakkan" menjadi CEO sebuah syarikat kewangan kepunyaan kerajaan, Avenue Capital.

Akibat suara lantang orang ramai, penyeneraian itu telah dibatalkan. Antara kesangsian orang ramai dan masyarakat pelabur adalah ada perkara tidak manis berlaku. Zafrul adalah sebahagian darinya.

Zafrul juga terlibat dengan pelbagai kontroversi seperti ECM LIbra dan mempunyai kaitan dengan nama-nama yang dipersoalkan orang ramai seperti Nor Mohamad Yakcop, Kalimullah, Tony Fernandez dan banyak lain.

Dia terlibat menjadi proksi Khairy dalam NGO Profesyenal Melayu yang liberal bernama Promuda. .....

Mykmu ada menjelaskan siapa sebenarnya budak ni..


Selepas Forum Ideas: Wajarkah Zafrul Kekal CEO Maybank
Investment

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Invesment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan mengkritik perlantikan Tan Sri Isa samad sebagai Pengerusi Felda yang baru. Menurut beliau perlantikan Isa Samad mendapat maklum balas yang tidak menyenangkan daripada pasaran. Zafrul turut mendakwa bahawa perlantikan Isa memberi “wrong signal” kepada pasaran.
Sungguhpun tidak menjelaskan punca sebenar, namun Zafrul menggunakan Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Dr. Zainal Aznam Mohd Yusof untuk menyokongnya dan secara terang-terangan dilaporkan berkata, “rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran. Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005. Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda.”
Serangan ke atas Isa dalam satu forum yang dianjurkan oleh melalui organisasi bernama Ideas (Institute for Democracy and Economic Affairs) sangat mencurigakan. Ideas yang ditubuhkan oleh Wan Saiful Wan Jan merupakan penyokong Pas. Ideas dikatakan mempunyai dana yang sangat besar hasil sumbangan beberapa pertubuhan demokrasi dari Amerika Syarikat, Jerman dan Britain.

Namun tengku Zafrul adalah “pemain utama” zaman Abdullah Ahmad badawi yang masih dikekalkan oleh Dato Seri Najib seperti mana Omar Ong dan beberapa kerat manusia penjahanam negara.
Zafrul tidak layak mempertikaikan kredebiliti Tan Sri Isa kerana latar belakan beliau sendiri penuh tanda tanya dan skandal yang tidak terjawab. Layakkah Zafrul kekal sebagai CEO sebuah sayap pelaburan bank terbesar di Malaysia jika beliau membuat beberapa tindakan korporat yang meragukan sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi.
Sesiapa yang masih ingat isu penggabungan ECM LIbra dengan Avenue Capital dan menyaksikan syarikat kecil milik beberapa tokoh koporat yang rapat dengan Khairy Jamaluddin dan Kalimullah telah menelan syarikat GLC Avenue Capital. Zafrul sebagai Managing Director Avenue ketika itu dikatakan turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan “perompakan korporat” ini. (lihat arkib lama Mykmu untuk memahami isu Avenue-ECM ini: http://arkib.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5147)
Beliau meninggalkan Avenue dan kemudiannya menyertai Citibank. Penyertaan di Citibank dilihat sebagai tempoh senggang dari kontroversi dunia korporat tempatan. Dakwaan sandiwara ini mungkin ada benar kerana beberapa ketika kemudian beliau dilantik sebagai CEO Tune Money sebuah lagi syarikat yang ada kena mengena dengan Tony Frenandez, Kalimullah dan juga dikatankan Khairy Jamaluddin. Ramai yang melihat perlantikan ini sebagai membalas jasa Zafrul ketika usaha ECM mengambil alih Avenue dahulu.
Dalam pertikaian penjualan EON Cap Berhad kepada Hong Leong, Nama Zafrul turut disebut dan disapina oleh pelabur Hong Kong yang menyaman beberapa Pengarah EON Cap.
Jika dilihat rekod perkhidmatan Zafrul yang agak mencurigakan ini, wajarkah beliau mengetuai sebuah cabang perlaburan bank terkemuka Malaysia

Patut la...budak ni celupar sangat....
Patut la biadap sangat!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan: