Jumaat, 18 Mac 2011

Bubar DUN Sarawak...















Esok ada pengumuman penting...esok PM dan TPM turun Sarawak, Ada menteri yang sudah menyerah tugas kepada timbalannya untuk menggulung dan menjawab segala persoalan sepanjang Parlimen berbaki 2 minggu lagi. Kira serah tugas jaga Kementerian laa...

Ada sahabat dari Sarawak kata pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibuat pada Isnin. Paginya YAB Pehin Seri Taib Mahmud akan mengadap TYT dan selepas itu akan mengumumkan pembubaran Dewan. ( walaupun telah disebutkan bahawa Taib telah pun mengadap pagi semalam )Secara langsung akan diadakan Pilihanraya Negeri ( PRN ) dalam tempoh 60 hari.

Senarai calon yang bakal bertanding telah sampai ketangan calon calon, begitu jugalah dengan surat penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang khidmatnya menjadi calon bakal tamat apabila dewan dibubarkan.

Apa pun kita tunggu esok...

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. DUN Sarawak dibubar pada 26 March 2011
    Hari Penamaan Calon: 16 April 2011
    Polling Day: 30 April 2011

    Ada cadangan lain...?

    BalasPadam