Khamis, 24 Mac 2011

PRN Sarawak...PAS Bakal Disumpit...!


Pas tidak kuat di Sarawak, kata Pas Kelantan

KOTA BHARU 24 Mac - Parti pembangkang, Pas hanya menumpukan sekurang-kurangnya pada tiga atau lima kawasan termasuk di Beting Maro pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan Abdul Fatah Harun.

"Pas hanya tewas kira-kira 800 undi sahaja di Beting Maro pada pilihan raya yang lalu dan Pas Kelantan menawarkan khidmat untuk membantu jentera Pas di sana.

"Pas diperuntukkan beberapa lagi kawasan di Sarawak dan kita akan bermati-matian jika diberi peluang bertanding,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pilihan raya negeri itu sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa walaupun pihak pembangkang akan bermati-matian menentang BN. - Bernama

Fatah buat kajian!!! Fatah tahu PAS memang jahanam di sarawak... PAS bakal jahanam teruk dibelasah di PRN Sarawak bulan depan..teringat semasa PRN negeri tahun 2006 yang lalu dimana Presiden PAS Haji Hadi telah dihalau keluar dari sebuah masjid di Kampung Beladin, Kampung melayu terbesar di Sarawak, terletak didalam Parlimen Batang Lupar.

Tadi PS Taib dah nyatakan bahawa Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri ke-10 adalah 'ringkas dan mudah'.

"Saya baru saja meneliti draf akhir. Ia ok, sangat ringkas dan mudah," katanya. Kandungan manifesto itu dipermudahkan untuk membolehkan anggota BN memahami dan mengaitkannya dengan kawasan pilihan raya masing-masing.

Anwar dan juak pembangkang ingat senang nak ratah Taib Mahmud? nak berkhayal, nak stim, nak berangan...sila sekarang...sebab kalau gendang dah dipalu 6 haribulan depan nanti pasti demam dan lari malam takut tak sempat tunggu 16 hb dah mula meracau dan cau...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan