Rabu, 23 Mac 2011

Sidang Parlimen...Wakil Rakyat Kena Tangkap

Pagi tadi dalam sessi soal jawab lisan. MP Segambut Lim Lip Eng bertanya kepada kerajaan menyatakan dengan teliti bilangan wakil rakyat yang telah didakwa di mahkamah Jenayah semenjak 2001 mengikut nama tertuduh, parti politik, jenis tuduhan, status terkini di Mahkamah termasuk rayuan dan sekiranya ada, hukuman yang telah dijatuhi.

Dato Seri Nazri Aziz Menteri di JPM menjawab...

Tuan Yang Dipertua,
Mengikut statistik kes yang direkodkan oleh Jabatan Peguam Negara iaitu kes wakil rakyat yang didakwa di Mahkamah Jenayah semenjak tahun 2001, seramai 27 orang wakil rakyat telah didakwa dengan pelbagai pertuduhan dan kesalahan jenayah di mahkamah jenayah.

Mengikut statistik tersebut, seramai sembilan orang wakil rakyat daripada PKR telah didakwa di Mahkamah Jenayah. Wakil rakyat tersebut adalah seperti berikut:

1. Mat Shuhaimi b. Shafiei ( ADUN Sri Muda )
2. Gobalakrishnan a/l Nagapan ( MP Padang Serai )
3. Jamaluddin b. Mohd Radzi ( ADUN Behrang )
4. Mohd Osman b. Mohd Jailu ( ADUN Changkat Jering )
5. Mohd Nasir b. Hashim ( ADUN Kota Damansara )
6. Chua Tian Chang ( MP Batu )
7. Mohamed Azmin b. Ali ( MP Gombak/ADUN Bukit Antarabangsa )
8. Sivarasa a/l K Rasiah ( MP Subang )
9. Ramli b. Ibrahim ( bekas MP Kota Bharu )

Tiga orang wakil rakyat daripada PAS juga pernah didakwa di Mahkamah Jenayah iaitu;

1. Mohd Hatta b. Md Ramli ( MP Kuala Krai )
2. Lo'lo bt. Hj Mohd Ghazali ( MP Titiwangsa )
3. Mohd Apandi b. Mohamad ( bekas MP Jeli )

Dalam DAP, wakil rakyat yang didakwa dengan kesalahan jenayah adalah seramai empat orang iait;

1. Liew Tian Khiew ( ADUN Pandamaran )
2. Voon Lee San ( ADUN Batu Lintang, kuching )
3. Tony Pua ( MP PJ Utara )
4. Lau Weng San ( ADUN Kg Tunku )

Kesimpulannya, seramai 16 orang wakil rakyat daripada pakatan pembangkang didakwa di Mahkamah Jenayah semenjak 2001 sehingga kini.

Bagi parti BN, seramai 11 orang wakil rakyat telah didakwa di Mahkamah Jenayah iaitu tujuh orang wakil rakyat daripada UMNO, seorang wakil rakyat daripada GERAKAN dan tiga orang wakil rakyat MCA. Wakil rakyat tersebut adalah seperti berikut;

UMNO
1. Dato Seri Khir Toyo ( ADUN Sungai Panjang )
2. Abdul Rahman Bakri ( MP Sabak Bernam )
3. Suhaili b. Abdul Rahman ( bekas MP Labuan )
4. Dato Ahmad Kuris b. Mohd Nor ( bekas ADUN Semenyih )
5. Mustafa b. Salim ( ADUN Lenggeng )
6. Dato Hj Omar Hj Othman ( bekas ADUN Jelai )
7. Dato Hj Azman Mahalan ( bekas ADUN Tapah )

GERAKAN
Yap Soo Sun ( ADUN Serdang )

MCA
1. Tun Dr Ling Liong Sik ( bekas MP Labis )
2. Tan Sri Chan Kong Choy ( bekas MP Selayang )
3. Ng Kim Lai ( bekas ADUN Mengkibol )

Berdasarkan statistik tersebut, sebanyak 33 jumlah kes yang telah dituduh, satu kes adalah diperingkat sebutan, 13 kes adalah diperingkat perbicaraan, 2 kes adalah diperingkat hujahan dan 2 kes telah dijatuhkan hukuman.

Sebanyak 9 kes telah dilepaskan dan dibebaskan dan terdapat 10 rayuan dibuat terhadap kes yang telah dibicarakan.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan