Ahad, 27 Mac 2011

GTP Pembangkang!!!


GTP Lakar Banyak Kejayaan Pertama, Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat:Najib

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diterajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) melakar banyak kejayaan pertama yang belum pernah diraih selain telah meningkatkan taraf kehidupaan jutaan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setelah berlalunya tempoh setahun pelaksanaan GTP, kerajaan telah meneroka ufuk yang baharu dan kini berada di ambang kejayaan yang lebih besar lagi.

"Bagaimanapun, kita juga menyedari bahawa kemenangan belum dapat diisytiharkan selagi matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju masih belum tercapai," katanya dalam perutusan perdana di dalam Laporan Tahunan GTP 2010 yang diterbitkan JPM.

GTP pembangkang? apa?

bohong! fitnah! putar belit fakta! janji palsu! itu modal pembangkang!!!

dalam masa yang sama kebas dan samun harta rakyat dan negeri sebanyak mungkin, biar negeri berlobang, biar negeri botak, biar mundur dan miskin...yang penting dia orang masyuk!!!

rakyat dah tak sabar nak pijak pembangkang dalam pilihanraya akan datang...

Tahniah YAB PM! Tahniah YAB Dato Seri Najib! Tahniah Presiden UMNO! Tahniah Pengerusi Barisan Nasional! Tahniah Boss! sebab berjaya meneraju negara dan rakyat ke tahap yang lebih baik....!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan