Ahad, 25 September 2011

Berhati Hati dan Kurangkan Aktiviti Luar...
















Gambar satelit yang dimaksudkan...


KUALA LUMPUR 24 Sept. — Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan tersebut dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

Laporan NASA yang dipetik collectSPACE..com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.

Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat. — Bernama

Semoga kita semua selamat dari sebarang perkara yang tidak diingini...amin

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan