Selasa, 13 September 2011

Rais Jangan Kencing Berlari Lagi...!
















KUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

Baguslah kalau Rais dan Kerajaan benar benar boleh menentu dan mempastikan akan perkara ni.. cuma rakyat sangsi dengan kenyataan demi kenyataan yang di buat oleh pak menteri mutakhir ini...

Dari Menteri yang kata negara nak bankcrupt, amaran demi amaran hingga lah amaran Rais kepada Astro bulan Julai lalu...hasilnya Astro tetap naikkan harga ikut harga dan tekak mak bapak datuk nenek ananda jugak!!!

KUALA LUMPUR 16 Julai - Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, demikian tegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada Astro hari ini.

Beliau berkata, rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.

Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.

"Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini hari ini.

Rais berkata, antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut. - Bernama

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

1 ulasan:

  1. Dia masih mempunyai perasaan sebagai menteri Undang-undang lagi kot.

    BalasPadam