Jumaat, 23 September 2011

Hudud Sesat PAS Hadi & Nik Najis..























Kalau diperhatikan dibawah... terlalu banyak penyimpangan dan kecelaruan berkenaan draf hudud PAS

Image
SHAH ALAM - Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor Bernama.

Beliau berkata golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

Keadilan hanya tertegak dikalangan orang Islam jer...apa bodoh punya hadi!!!

Berikut...ialah pembahagian hukum jenayat dalam tuntutan agama..
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta'zir

Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta'zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta'zir

1. Hukum Hudud

Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

2. Qisas

Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

3. Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas @ Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

4. Ta'zir

Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah. Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 utk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan? Seperti dlm artikel Dato' Safei Daud :


Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat. Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”
2,Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam.
Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Permasalahan yg akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Seperti artikel Dato' Safei Daud lagi menyatakan:
Satu perkara yang berupa prinsip paling penting ialah hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak. Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi ``...daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.''
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan' yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan. Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Perbezaan hudud haji hadi dengan hudud nik najis...sesat..!

HUDUD, QISAS & TA'ZIR adalah perkara yang berkaitan dengan hukum dan perundangan Islam yang mempunyai definisi-definisi yang tersendiri dan sangat berbeza maksud dan hukum perlaksanaan walaupun dalam satu kategori.

SEMUA ULAMA FIQHBERSEPAKAT BAHAWA KESALAHAN HUDUD IALAH 7 PERKARA IAITU
1. MURTAD
2. MINUM ARAK
3. MENCURI
4. MEROMPAK
5. BERZINA
6. MENUDUH BERZINA
7. MEMBERONTAK

TAJUK DRAF HUDUD PAS DI ANTARA KELANTAN & TERENGGANU TIDAK SAMA BERGITU JUGA KESALAHAN HUKUM HUDUD

TAJUK DRAF HUDUD KELANTAN :- Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Susunan Seksyen-Seksyen Permulaan.

TAJUK DRAF HUDUD TERENGGANU :- Draf Cadangan Rang Undang-undang Jenayah Syariah(HUDUD & QISAS)Terengganu.

PERBEZAAN JENIS JENAYAH HUDUD DIANTARA KELANTAN (6 ITEM KESALAHAN) DAN TERENGGANU (7 ITEM KESALAHAN)

KELANTAN

1. MURTAD
2. MINUM ARAK
3. MENCURI
4. MEROMPAK
5. BERZINA
6. MENUDUH BERZINA

TERENGGANU

1. MURTAD
2. MINUM ARAK
3. MENCURI
4. MEROMPAK
5. BERZINA
6. MENUDUH BERZINA
7. MEMBERONTAK

* nota = MEMBERONTAK TIDAK ADA DI KELANTAN TETAPI DIAKUI DI TERENGGANU

JENAYAH MEMBERONTAK :-
Dalam Bahasa Arab "AL-BAGHY" Penggunaan Biasa Membawa Maksud Berusaha Memperolehi Sesuatu

IMAN SHAFEI MEMBERI ERTI :-
Pemberontakan & Perderhakaan Terhadap Pemimpin. Satu Gerakan Yang Teratur Yang Terancang.

DRAF HUDUD TERENGGANU MEMBERI DEFINI PENDERHAKA "BUGHAH" :-
Keluar Daripada Mematuhi Pemerintah Secara Kekerasan. Sautu Tindakan Sekumpulan Orang Islam Yang Tidak Mematuhi Pemerintah Secara Kekerasan Tanpa Alasan yang Pasti.

TERBAHAGI KEPADA 3 PERKARA IAITU :-
1. Penderhakaan Kepada Pemerintah
2. Menggunakan Kekerasan
3. Niat Jahat.

Selanjutnya...

KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42

Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi. Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:

Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.

Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.

Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.

Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.

Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas. Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina. Adilkah begitu?


KUPASAN SEKSYEN 46(2)

Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

Sekali lagi isu mangsa rogol timbul. Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini? Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kainya begitu. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.

Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS. Terdapat perbezaan yang besar dalam kenyataan di atas. Apa yang diperlukan ialah pemikiran yang rasional dari para pembaca untuk menimbangkan kupasan-kupasan di atas.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

2 ulasan:

  1. Apa usaha yang telah dan sedang lakukan oleh UMNO untuk menegakkan hukum Allah yang sudah pasti akan keadilannya sepanjang lebih 50 tahun memerintah?

    BalasPadam
  2. aku rasa bodoh sangatlah PAS yang buat undang-undang sehingga ada yang teraniya. rogol dan zina satu perkara yang terlalu berbeza.perogol mesti dihukum sama seperti penzina ( rejam @ sebt ). PAS telah merangka undang2 untuk membela mangsa rogol. perogol juga akan dikenakan hukuman berat sekiranya didapati bersalah merogol mangsa yang beragama Islam. apa yang pasti para ulama perlu bangkit menerangkan ilmu dan sistem hudud ini terlebih dahulu kepada rakyat.BERILAH MEREKA PELUANG DAN RUANG UNTUK MENERANGKAN SISTEM YANG TERTULIS DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH.

    BalasPadam