Isnin, 19 September 2011

Jawapan Kenapa Zahrin Gila Meroyan Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin..






















Semalam sahabat bloggers cucu tok selampit ada mengulas isu kelembai ni di sini


Menurut sumber dari sahabat di UMNO Malaysia...zahrin sekarang TIDAK LAGI MENJAWAT JAWATAN SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK! maka ramai yang berpendapat sebab kenapa dan mengapa si zahrin ini gila meroyan membantai Tan Sri Muhyiddin adalah kerana hal tersebut.

Hakikatnya pula, perlantikan zahrin ke jawatan tersebut juga dulu adalah diatas perkenan dan arahan Ibu Pejabat UMNO Malaysia dek kerana UMNO BTR bermasaalah hingga menyebabkan Ketua Bahagiannya digantung.

Maka Semua Jawatan Pegawai ( S/U, Ketua Penerangan dan Bendahari ) yang termaktub didalam Perlembagaan UMNO menjadi kuasa Ketua Bahagian untuk melantik telah diambil oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Siapa di Ibu Pejabat yang memperkenan dan mengarahkannya bolehlah ditanya kepada Setiausaha Agung UMNO iaitu Dato Tengku Adnan Tengku Mansor yang satu alam tahu bahawa beliau merupakan 'godfather' kepada zahrin si kelembai.

Maka kalau nak diikutkan marah, hampa dan kecewa zahrin tu, tentulah boleh dicurahkan kepada 'boss' beliau Tengku Denan dan bukannya Tan Sri Muhyiddin.

Cuma boleh dibaca disini kenapa zahrin 'mengalihkan kiblat' amarahnya kepada TSM kerana jawatan beliau kini sebagai Pengerusi Badan perhubungan UMNO WP...!

Tak perlu kita terutama orang UMNO terkebil kebil, terhantuk kepala memikirkan hal zahrin kerana beliau bukan sesiapa malah mungkin pembaca semua lebih maklum siapa zahrin seperti mana yang dikupas dan dikomen oleh pembaca di dalam blog tok selampit diatas...

Sebagai seorang sahabat...penulis tak berminat nak mengupas dari sudut itu jauh lagi nak merungkai hal peribadi zahrin..!

Cuma, apa yang menyesakkan! apa yang memualkan! apa yang tidak sedap didengar ialah tindakan zahrin yang sedang cuba melaga lagakan kepimpinan negara! zahrin sedang cuba memutuskan silaturahim yang sedia erat terjalin diantara YAB DS Najib dan YAB TSM!

Gandingan kepimpinan negara yang cukup ampuh ini begitu bertanggungjawab serta tidak jemu berusaha keras setiap detik untuk memastikan negara sentiasa dipacu mengikut landasan yang betul dengan kekuatan politik, ekonomi dan sosial yang jitu dan semaksima mungkin.

YAB DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin begitu bersungguh sungguh siang dan malam untuk mempastikan UMNO dan Barisan Nasional terus diterima oleh lebih ramai majoriti rakyat!!!

Maka bila zahrin cuba untuk memecah dan melemahkan gandingan kepimpinan negara ini pastinya mengundang polimik dan menambah modal pembangkang dalam siri penipuan mereka kepada rakyat! Itu yang harus rakyat terutama ahli UMNO dan BN bincangkan dengan meletakkan keutuhan kepimpinan dan parti dari sebarang anasir jahat, sempit dan kotor!!!

Ahli UMNO terutamanya serta ahli parti Komponen BN mesti mempertahankan gandingan mantap kedua dua pemimpin negara ini!!! Mempertahankan kepimpinan bermakna mempertahankan parti dan kuasa yang ada!!!

Zahrin tetap zahrin!!! dalam usia beliau penulis percaya bahawa beliau akan terus dengan 'feel' nya...dalam satu forum di Hotel Legend beberapa tahun yang lalu, zahrin ada bangun berhujah panjang lebar didepan panel berkenaan hal ehwal politik tanha air. Menyembur air liur beliau menghujahkan apa yang beliau percaya dan yakin.

Cuma penulis nak sebutkan disini bagaimana Profesor Dr Chandra Muzaffar President JUST membalas dengan menyatakan kepada zahrin bahawa...


'anda mungkin mempunyai maklumat tetapi anda tidak mesti orang yang berilmu... kerana hanya orang berilmu sahaja yang mampu menapis dan mengupas maklumat dengan baik lagi berkesan'...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan