Isnin, 23 Januari 2012

BN Pahang Semakin Gagah..!


Barisan Nasional (BN) Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar.

"Kerusi Parlimen Kuantan sedikit sukar kerana isu Lynas tetapi Parlimen Indera Mahkota kita tidak ada masalah.

"Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan, Beserah juga tiada masalah malah Triang dan Tras juga boleh kita rampas jika kita bekerja keras dan bersatu padu, kesemuanya boleh kita rampas kembali," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan 3,000 jentera pilihan raya Wanita BN di sini, semalam.

MP Indera Mahkota Azan Ismail khabarnya nak lari ke Terengganu! nak cuba nasib disana pulak! Dia ingat orang Terengganu dungu nak terima kaki kelentong yang dah tak laku di Pahang!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan: