Selasa, 24 Januari 2012

Pembodek Buah Sukun Ni Baru Masak Ke?


Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, atas iltizam kerajaan untuk menerapkan semangat Gagasan 1Malaysia, rakyat Malaysia kini hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas.

Apek sekor ni baru bangun tido ke? apahal pulak gagasan 1Malaysia BARU diterima oleh rakyat! Apa dia buta tuli ke selama ini? Apa buah ni tak nampak ke penerimaan rakyat yang amat positif bila melihat kerja kuat PM dan TPM menjelajah kepelusuk negara selama ini?

Ni la masaalah kalau jadi Menteri hanya tau membodek jer! Jadi Menteri hanya jadi pengiring@penyebok bila PM ada disesuatu majlis! Kerja lain takde..!

Parti Gerakan pun dah lama tunggu bila mamat sekor ni nak berambus! Gerakan sendiri dilaporkan telah memberikan 'hint' agar jawatan Pengerusi BN PP diberikan kepada pemimpin Gerakan yang lain...! tapi apek ni terus buat buat bodoh jer! Apa punya bodoh laa!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan