Sabtu, 21 Januari 2012

Najib Gagalkan Cubaan Rampasan Kuasa!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata, skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di sini, hari ini.

Nampaknya semua kena tangan PM laa..yang lain tak boleh harap! DS Najib kena lebih berhati hati dengan sebarang anasir yang boleh menggugat kepimpinan dan kerajaan BN hari ini! Semacam ada unsur yang mahu menimbulkan kemarahan kakitangan awam dan rakyat secara keseluruhan dan ianya berterusan..!

Walaupun banyak pendekatan baik yang dicetus dan dilakukan oleh YAB PM namun sekiranya agensi pelaksana dan penyampai gagal menyalurkannya dengan bijak dan berhemah maka akhirnya perkara baik akan dilihat sebaliknya dan lebih malang menjadi peluru yang ampuh yang boleh diguna oleh pihak pembangkang!

Catatan mengenainya ada dan boleh dibaca di sini

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan