Jumaat, 27 Januari 2012

Warga Felda Makmur Dibawah Pemerintahan BN







SIK: Tan Sri Isa Abdul Samad meminta masyarakat Felda menilai kesenangan yang mereka nikmati ketika ini berikutan hasil usaha kerajaan selepas dipilih sebagai peneroka.

Pengerusi Felda itu berkata demikian ketika meminta peneroka Felda yang menyokong pembangkang berfikir secara matang mengenai tindakan mereka menentang kerajaan.

Beliau juga meminta peneroka berkenaan menunjukkan sumbangan pembangkangkepada mereka selama ini, dan penyokong pembangkang yang berhasrat untuk keluardari Felda tidak akan dihalang.

Katanya, tidak ada kerajaan di negara lain yang mewujudkan "penempatanmewah" seperti dilakukan kerajaan Perikatan sewaktu pemerintahan Perdana Menterikedua Tun Razak Hussain, yang melahirkan Felda, dan kini diberi nafas baru olehBarisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hingga sekarang, Felda menjadi satu kebanggaan rakyat yang bersyukur sertapihak luar yang kagum dengan kemampuan kerajaan mewujudkan Felda dengan begitumewah dalam segala bentuk serta melahirkan ramai anak Felda yang berpendidikantinggi serta tokoh korporat berjaya," katanya pada majlis perjumpaan denganmasyarakat Felda di Teloi Timur di sini.

Bercakap kepada media selepas itu, Isa berkata pembangkang, terutama PAS,hanya akan menggunakan isu Felda menjelang pilihan raya umum.

"Kalau tak ada pilihan raya umum, mereka tak sentuhpun masalah Felda, malahjauh sekali untuk membantu penyokong mereka yang ada dalam Felda," katanya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan dua kerusi roda kepada pendudukFelda berkenaan selain serta bahan makanan kepada warga emas.

Beliau turut menerima 200 borang permohonan dari bekas anggota dan penyokongPAS untuk menyertai Umno daripada bekas Setiausaha PAS Teloi Timur, RoshdiSobri, 35.-BERNAMA

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

1 ulasan:

  1. MAZLAN ALIMAN TU POLITIK IKUT MUSIM GAK BROO..KENA TUNGGU ARAHAN LEBAI SESAT KEHKEHKEHKEH

    BalasPadam