Sabtu, 3 Mac 2012

Ramai Keparat Sebok Nak Jadi Menteri..!


Cuba tengok muka kat atas ni...agak agak muka macam orang menang loteri atau orang yang sedang memberikan sidang akhbar berkenaan syarikat yang dipertanggungjawabkan keatasnya rugi sebanyak 2.52 BILION. Kerugian terbesar dalam sejarah penerbangan negara!!!

Agaknya kalau syarikat tu bapak dia punya mesti dah bunuh diri terjun bangunan di plaza masalam...

Tapi oleh kerana syarikat yang rugi tu MAS...syarikat penerbangan negara yang dibuat seperti bapak dia orang punya maka boleh bersandar lagi la bagi sidang akhbar!!!


Hukama ada berpesan, jika kita gagal meletakkan hak kepada yang berhak maka nantikan saat kemusnahannya!
Hak diberikan atas dasar suka! atas dasar bulu! atas dasar kawan!

Sekarang semakin jelas bila merit pemilihan seseorang bukan dikira dari sudut pengalaman, ilmu dan kepakaran maka banyak lah kerosakan yang telah, sedang dan bakal terus mereka lakukan!

Sanggah Tok Janggut ada mengupas mengenai Farid Ridzuan yang bertugas sebagai Penasihat Media kepada YAB PM tapi gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya! Lebih malang lagi kegagalan yang dibuat dengan mudah dilempar kebahu orang lain untuk memikul!!! Baca di sini

Nampaknya atas jawatan yang Farid sandang...dia dah boleh berangan nak jadi Menteri! Ramai tokoh tokoh keparat sekarang dilihat sedang cuba membina jaringan dengan kepimpinan untuk mendapatkan jawatan! Itu sebab bodek dan kipas yang mereka mainkan semakin membakar kepimpinan Kerajaan yang ada hari ini.

Tengok sahaja Idris Jalang! Kemahiran dan kepakarannya menjual aset dan bangunan MAS dulu telah melayakkan dirinya diangkat sebagai Menteri! Azman Khazanah juga dilihat sedang mengikuti rapat cara dan pendekatan Idris untuk melayakkan dirinya diangkat sebagai Menteri!

Tony pun kalau kuat lobi boleh jadi Menteri Pengangkutan..! senang untuk dia kawal dan pegang apa jua pengangkutan yang ada bukan sahaja di udara malah di darat dan di laut! Si Ahmad Jauhari kat atas tu pun dah dikira 'layak' jadi Timbalan kepada Tony nanti!

Sejak UMNO dan BN dirundung kegelapan MAC 08 yang lalu, bukan sahaja parti keramat UMNO ini dihina oleh pembangkang malah ianya sinis dipandang oleh toko toko buku keparat ini. Walhal mereka semua dilantik atas kuasa yang ada pada UMNO dan kepimpinan Kerajaan.

Mereka seakan tak kisah kalau UMNO dan BN lingkup! yang penting organisasi yang mereka pegang dapat digenggam sekuat kuatnya dan dipulas sekering mungkin! Itu sebab jawatan tinggi seperti di Khazanah seakan tidak boleh dibuka kepada orang orang yang tidak mempunyai 'kabel' dikalangan mereka !

Tak ketinggalan Utusan sendiri yang seakan melupakan orang orang UMNO dan kepimpinan BN dalam memberikan laporan! dulu semasa 2006/2007, semasa Utusan nak dijadikan NESTUM akibat cadangan penggabungan Utusan dan NST, bukan main lagi kepimpinan Utusan datang meminta pertolongan Ketua Bahagian UMNO dan kepimpinan BN untuk membantah! Tentangan yang kuat hingga kedengaran di Dewan Rakyat menyebabkan Utusan tidak jadi di NESTUM kan!

Tapi kini, ada suara dikalangan kepimpinan Kerajaan yang kecewa dengan Utusan apabila suara mereka memberikan komen dan pendapat sering tidak dikeluarkan oleh Utusan ! Kita sedar bahawa kepentingan politik semasa telah menyebabkan Ahli Parlimen bebas dan NGO's diberikan keutamaan, tapi menolak terus liputan dan saranan dari kepimpinan dipelbagai lapisan dalam parti bukanlah cara pengendalian Media yang bijak. Kesannya rakyat melihat kepimpinan parti dan Kerajaan terkebelakang dalam memperkatakan isu yang sedang diperdebatkan!

Dilihat seakan ada agenda dikalangan mereka yang menguruskan Media! baik Media Elektronik mahupun Media Cetak! Mereka sedang cuba mengatur kepimpinan negara! Usaha menolak sebahagian kepimpinan kerajaan dari bertanding dalam PRU akan datang sedang giat diusahakan! Usaha menaikkan mereka yang berkepentingan juga rancak dihidangkan!

Farid dan kawan kawan Medianya tak payah la sebok mengambil tugas PM.. Kuasa politik dan seni berpolitik serahkan sahaja kepada orang orang politik, Farid dan kawan kawannya boleh terus meyumbang dalam bidang yang dia fahami seperti sebelum ini, Farid terlalu mentah dalam gelanggang politik!

Apapun rakyat semakin bijak! rakyat cedik dan tahu menilai! Kehebatan pemimpin dan penerimaan rakyat bukan boleh disogok dengan kerapnya seseorang pemimpin itu dilayar tv dan didada akhbar! Usaha pemimpin parti yang berterusan menjaga kepentingan rakyat diakar umbi menjadi ukuran utama oleh rakyat dalam memberikan mereka dan parti terus berkuasa!

Dari dulu, kini dan selamanya, slogan mereka tetap sama! Daripada Rakyat Kepada Rakyat! Bukan nya mereka yang ketagih semata mata nak jadi wakil rakyat!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan