Jumaat, 17 Januari 2014

HOT ~ Rakyat Malaysia Mendoakan Kejayaan Misi Menyelamat Rosmah..!


Kelemahan demi kelemahan yang dipamerkan oleh pihak PMO dan para punahsihat yang tenggelam didalam arus kangkung tidak memungkinkan nasib dan nyawa warganegara Malaysia yang berada di Iraq boleh disandar dan diharapkan kepada mereka..!

Cuba perhatikan kenyataan ini..

'Walaupun syarikat syarikat Malaysia boleh menjalankan projek di Iraq, walaupun banyak skala perdagangan diperuntukan khusus untuk Malaysia, tetapi dalam keadaan ini Malaysia mengkafirkan majoriti rakyat Iraq. Samada ini adalah pengisytiharan perang (irhabu haadha) atau bukan perang (am laisa bil irhaab), kafir-mengkafir itu membawa kepada pembunuhan. Saya pun tidak faham bagaimana kerajaan Malaysia sanggup menggagalkan amalan berdiplomatik .. "

Ini bukan isu kecil..! ini soal nyawa..! Menteri KDN yang asalnya bertelor sekarang hanya tinggal GRED telornya..!

Menteri Luar pula yang dulu tinggal didalam bilik air tetapi bila diberikan bilik yang luas didalam bilik seakan terus memerap tanpa sebarang usaha.

Itu sebab rakyat Malaysia perlu bersyukur apabila diberitahu bahawa peranan Rosmah dalam membantu dan menyelamatkan rakyat kita terutama di Timur Tengah telah banyak membantu..!

Kini, sekali lagi negara memerlukan peranan dan hubungan baik yang terjalin diantara Rosmah dan pembesar di Timur Tengah..! 

Pihak Kabinet kena memutuskan segera..! apa jua keperluan yang difikirkan perlu harus diberi..! jangan banyak songel..! masa kian suntuk..!

Tak percaya baca dan tonton video lanjut di outsidethebox.disini

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan