Khamis, 9 Januari 2014

(PTTK) Pegawai Tugas Tugas Khas Menteri Kena Reman..!


Jangan sampai gugur jantung tu sudah ler..! macam macam penyakit datang sekarang ni..! kesian..! Apapun kita tunggu hasil siasatan dan sekiranya ada bukti maka pendakwaan bakal dikenakan kerana sekarang ini masih lagi dalam proses penyiasatan..!

Mungkin duit yang diterima malam tadi tu duit hutang kot…!

Lu Fikir La Sendiri!!!

PUTRAJAYA: Seorang pegawai khas menteri antara tiga individu direman oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan berhubung pemberian wang tender sebuah kementerian.

Pegawai khas berkenaan direman empat hari manakala dua lagi individu, termasuk seorang pemilik syarikat dan kakitangan wanita kementerian terbabit, direman tiga hari.

Mereka masing masing berusia antara 31 hingga 48 tahun.
Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nur Dahlia Azmi mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan