Sabtu, 25 Januari 2014

Najib Akui Kunan Bodoh..!


Kalau sekadar pandangan peribadi Menteri lebih baik Menteri jangan bercakap…! kerana apa pun yang Menteri ucapkan didepan khalayak maka ianya akan menjadi kenyataan yang mewakili suara dan pandangan kerajaan..! Tentu ada kesan dan implikasinya..!

Kalau itu pun Menteri tak faham susah ler…!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hingga kini belum ada kata putus mengenai mekanisme yang bakal diperkenalkan kerajaan berkaitan subsidi bahan api itu.
"Belum ada apa-apa keputusan," katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan yang menyebut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan miskin.
Paling senang lagi bila Menteri pulak nak menegak benang basah..
Bagaimanapun Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno pada sidang media yang sama berkata, beliau sudah membuat penjelasan mengenai isu tersebut dengan mendakwa terdapat kesilapan pada laporan terdahulu.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Kan..senang..! salahkan akhbar..! salahkan media..! Sedangkan apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang ialah menjaga keharmonian dan keselesaan hidup rakyat sesuai dengan manifesto yang dicanang dan dijanjikan oleh Kerajaan BN semasa kempen PRU13 yang lalu. 
Manisfesto tu tak pulak kata hanya nak menjaga kepentingan rakyat miskin semata mata..! Baca hal yang berkaitan di sini.
Kerajaan juga perlu mendengar pandangan rakyat dan nasihat, terutama nasihat dari negarawan yang cukup berpengalaman seperti dibawah ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.
Layan ni dan fahamkan..
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. mungkin najib perlu letak jawatan sebelum akar umbi memintanya. menteri2 najib sangat kurang bahasanya. mungkin mereka pun sebenarnya tidak gemar keadaan sekarang. kalau masalah berterusan, saya sebagai petugas pun malu malas nak bertugas. sebab semuanya fakta. kita memerlukan perdana menteri yg outstanding. yg bukan buat kerja mudah kurangkan subsidi hanya untuk tampung kenaikan harga pasaran barangan

    BalasPadam
  2. di selangor ada ura2 buat undi tidak percaya utk mb, apakata di parlimen buat jugak undi kurang percaya pada pm..... ada berani?

    BalasPadam