Ahad, 5 Jun 2016

3 Penjuru Di Sungai Besar, 4 Penjuru Di Kuala Kangsar..!


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta seorang calon Bebas.
BN yang diwakili calonnya, Mastura Mohd Yazid akan menentang calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon AMANAH yang diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Nama kempat- empat calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.
Sementara itu PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas SPR menerima tiga borang pencalonan.
Dalam PRK berkenaan, Budiman Mohd Zohdi daripada BN akan berdepan lawannya,  Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS.
Ketiga-tiga calon itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR, Mohd Khairuddin Md Som, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.
Proses penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu berakhir pada pukul 10 pagi.
Siapa pilihan pengundi?
Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Aku tak kisah apa calon, siapa calon. Aku sokong Tun Madey kata mari kalahkan UMNO/BN di dua dua PRK tuh supaya jadi tekanan tambahan bagi UMNO gantikan Najib. Kalu tak ganti, UMNO/BN akan lingkup i PRU14.

    BalasPadam
  2. Kami berjanji tidak akan sokong penyamun lagi sebab selama ini kepercayaan telah di khianati tanpa pembelaan

    BalasPadam
  3. Jing Pprojibo gamak nya dah berkeliaran di sini sana banyak sangat yang ngentam Bugis Lanun punya lanunan berbilion Ringgit dlam kempen 2 PRK itu. Belom sempat masuk sini nampak nya.

    Dia dah pening kepala, fedap, banyak sangat komen anti Bugis Lanun hingga dia dah tak reti apa nak kata, selalu tulis mengarut, menuduh, menafikan pelanunan si Bugis.

    Dah takda komen berisi dari dia. Tak dapat nak cari fakta dan hujah yang boleh membantu si Lanun, sebab menag dah takda, Yang ada ha nya di sebalik nya. Kesian dia. Kita kasi dia masa le untuk masuk dengan komen berisi sikit.

    BalasPadam
  4. PRK Sg Besar Dan K Kangsar pertembungan Rakyat vs Pencuri2 Internasional. Hahaha... Siapa pengundi akan pilih? Mahu bersama Rakyat atau menyokong Dan bersubahat dgn Pencuri2 Antarabangsa. Kita Tunggu....

    BalasPadam
  5. Assalam Bro,untuk memberi signal kepada Najib yang rakyat dah menyampah dengannya,aku harap kemenangan diberikan mana-mana calon pembangkang.

    BalasPadam
  6. Dah duga yg ako komen akan terjadi ... tiang tiang gol... tiang lampu... tiang rumah sudah dialih alih kan dan ini lah masa nsk alih semua tiang dng gambo2 prnsmaan calon sbbb DR selamatkan Malaysia boboi dah kantoi mrnipu....kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. UnitUnit kat bsi apa jadi cai. Bsi bank nak tutup tu... Cash tuka aset tuka unit tu membohong aje tak nak cerita ke cai... Bulan Ramadan pun nak membohong ke cai?

      Padam
    2. Tang unit2 nie kita kena tanya pakar dari kem Najib, si Keris Berayon.

      Padam